Jani, Julismah (1994) Kualiti Masa Pembelajaran Akademik dalam Pendidikan Jasmani: Kajian Kes di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat, Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 2301Kb |
Abstract
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah selalunya dianggap tidak penting. Maka, mata pelajaran tersebut boleh diajar oleh guru yang tidak dilatih khas dalam Pendidikan Jasmani. Tambahan pula, tidak ada sistem penilaian yang rapi dalam Pendidikan lasmani. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak mempunyai akademik akauntabiliti untuk rneningkatkan perturnbuhan dan perkembangan pelajar dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani secara seirnbang. Bagi mengatasi tanggapan tersebut penyelidik telah menjalankan kajian tentang masa pembelajaran akademik dalam Pendidikan Jasmani. Masa tersebut adalah masa pelajar tumpukan dalam melakukan aktiviti atau tugasan yang relevan dengan objektif pengajaran. Penyelidik telah menjalankan kajian dengan membuat pemerhatian sistematik yang piawai di sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Sehubungan itu, penyelidik telah menggunakan format pemerhatian yang dipadankan daripada kajian Siedentop, Tousignant dan Parker (1982). Tujuan kajian adalah untuk mengkaji masa pembelajaran akademik dalam satu waktu pelajaran Pendidikan Jasmani. Di samping itu, masa sebenar mengajar, masa tugasan pelajar, masa tugasan kandungan, masa menunggu dan masa pengurusan turut dikaji. Seterusnya, hipotesis menunjukkan ada hubungan di antara masa pembelajaran akademik dengan masa tugasan pelajar, masa pembelajaran akademik dengan masa tugasan kandungan, masa tugasan pelajar dengan masa tugasan kandungan, masa tugasan pelajar dengan masa sebenar mengajar, masa tugasan kandungan dengan masa menunggu, masa tugasan kandungan dengan masa sebenar mengajar dan masa pengurusan dengan masa sebenar mengajar turut dikaji.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Physical education and training - Study and teaching (Secondary) - Case studies |
| Subject: | Physical education and training - Hulu Langat - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Dr. Jabar bin Hj. Johari |
| Call Number: | FPP 1994 13 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 8908 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 23 Dec 2010 17:39 |
| Last Modified: | 23 Dec 2010 17:42 |
Repository Staff Only: item control page