Said, Hamzah (1994) Kepuasan Kerja Guru dan Pensyarah Sains Pertanian di Sekolah Menengah dan Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
1929Kb |
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan tahap kepuasan kerja guru dan pensyarah Sains Pertanian di Sekolah Menengah dan Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia. Sembilan faktor demografi responden (kelayakan iktisas, kelayakan akademik, umur, jantina, status perkahwinan , pengalaman mengajar, pendapatan, institusi pekerjaan dan lokasi) juga dikaji untuk menentukan samada wujud perbezaan dalam kepuasan kerja. Seramai 191 orang guru dan pensyarah telah dipilih secara persampe1an rawak berlapis di mana 165 responden te1ah memberikan mak1umba1as. Instrumen'Job Descriptive Index' telah digunakan untuk mengukur tahap kepuasan kerja. Soa1 selidik secara pos digunakan untuk mengumpulkan data. Tiga kali penghantaran soal selidik telah di lakukan dalam selang masa dua minggu. Data dianalisis menggunakan SPSS PC+. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menguji hipotesis. Keputusan analisis menunjukkan majoriti guru dan pensyarah berpuas hati dengan kerja keseluruhan, keadaan pekerjaan sekarang, rakan sekerja dan penyeliaan tetapi tidak berpuas hati dengan peluang kenaikan pangkat dan gaji mereka. Terdapat perkaitan positif di antara pendapatan dan kelayakan akademik dengan kepuasan terhadap gaji; tetapi perkaitan negatif didapati antara kelayakan akademik dengan kepuasan terhadap penyeliaan dan di antara pengalaman mengajar dengan peluang kenaikan pangkat.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Universiti Pertanian Malaysia - Dissertations |
| Subject: | Teachers - Job satisfaction - Malaysia |
| Subject: | Agriculture teachers - Job satisfaction - Malaysia |
| Chairman Supervisor: | AbduI Patah Raji Abdul Malik, PhD |
| Call Number: | FPP 1994 11 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 8905 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 23 Dec 2010 09:36 |
| Last Modified: | 23 Dec 2010 09:37 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 23 Dec 2010 09:36.