Stail Kepemimpinan Pengetua Sekolah Menengah Agama di Negeri Selangor Darul Ehsan dan Kaitannya dengan Kepuasan Bekerja di Kalangan Guru-Guru

Ishak, Abdul Ghani (1994) Stail Kepemimpinan Pengetua Sekolah Menengah Agama di Negeri Selangor Darul Ehsan dan Kaitannya dengan Kepuasan Bekerja di Kalangan Guru-Guru. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1321Kb

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti stail kepemimpinan pengetua Sekolah Menengah Agama di Negeri Selangor sebagai pentadbir organisasi sekolah dan kaitannya dengan faktor kepuasan bekerja di kalangan guru-guru. Stail kepemimpinan yang dilihat ialah kepemimpinan mengarah, kepemimpinan menyokong, kepemimpinan partisipatif dan kepemimpinan berorientasikan kejayaan. Sementara faktor kepuasan bekerja guru-guru dilihat dari faktor motivator dan higien berdasarkan faktor kepuasan bekerja Teori Dua Faktor Herzberg. Subjek kajian terdiri daripada 18 orang pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri Selangor dan 289 orang guru berjawatan tetap dari sekolah yang sama. Borang soal selidik yang digunakan terdiri dari 12 item mengenai maklumat diri guru, 51 item mengenai kepuasan bekerja guru, 17 item berkaitan dengan maklumat diri pengetua dan sekolah serta 30 item berkaitan dengan stail kepemimpinan pengetua. Data-data dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratusan, ANOVA sehala, Ujian Scheffe dan korelasi Pearson 'r'. Secara keseluruhan keputusan kajian ini memperlihatkan bahawa pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri Selangor mempunyai stail kepemimpinan yang berbeza-beza. Begitu juga di kalangan guru-guru terdapat tahap kepuasan bekerja yang berbeza dan faktor kepuasan yang berbeza. Namun tidak ada hubungan di antara faktor kepuasan bekerja guru-guru dengan stail kepemimpinan pengetua. Faktor kepuasan bekerja guru-guru hanya mempunyai kaitan yang signifikan dengan hubungan interpersonal guru-guru dan pengetua masing-masing dan rakan sejawat.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Teachers - Job satisfaction - Selangor
Subject:Educational leadership - Selangor - Case studies
Subject:School administration and organization - Selangor - Case studies
Chairman Supervisor:Dr. Kalsom Faezah Mohamad
Call Number:FPP 1994 4
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8895
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:23 Dec 2010 09:13
Last Modified:23 Dec 2010 09:16

Repository Staff Only: item control page


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.