Abdullah, Mazlan (1992) Faktor-Faktor Berkaitan Dengan Kepuasan Kerja Pengetua Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 783Kb |
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan faktor-faktor yang berkaitan dengan kepuasan kerja pengetua sekolah menengah dan mengukur kepuasan kerja pengetua dari segi beberapa faktor klasifikasi, motivator dan hygiene. Kepuasan kerja di lihat dari dua dimensi,iaitu kepuasan kerja secara keseluruhan dan kepuasan kerja secara khusus. Teori Dua Faktor Herzberg digunakan sebagai kerangka penyelidikan ini. Subjek kajian terdiri daripada 43 orang pengetua siswazah dari sekolah menengah biasa di negeri Melaka. Borang soalselidik yang digunakan terdiri daripada lima item yang berkaitan dengan latar belakang pengetua, 56 item digubal untuk mengukur faktor-faktor motivator dan hygiene, lima item untuk mengukur kepuasan kerja secara keseluruhan, dan 17 item untuk mengukur kepuasan kerja secara khusus.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | School principals - Malaysia - Research |
| Chairman Supervisor: | Noran Fauziah bte Yaakub, PhD |
| Call Number: | FPP 1992 3 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 8873 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 23 Dec 2010 15:37 |
| Last Modified: | 23 Dec 2010 15:38 |
Repository Staff Only: item control page