Tanggapan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Enam Buah Sekolah Menengah di Perak

Mohd. Dom, Alimuddin (1988) Tanggapan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Enam Buah Sekolah Menengah di Perak. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1130Kb

Abstract

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu program dan kegiatan terancang yang dijalankan di semua sekolah menengah di seluruh negara. Tujuannya ialah untuk membimbing pelajar mengatasi masalah yang dihadapi serta membantu mereka memahami diri, kebolehan dan memperkembangkan potensi yang sedia ada pada diri mereka. Perkhidmatan ini juga akan bertindak memberi makiumat di dalam bidang pelajaran dan kerjaya mereka. Program Bimbingan dan Kaunseling dijalankan oleh kaunselor sepanjang tahun di semua sekolah menengah. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti tanggapan pelajar terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dari segi fungsi, keupayaan dan keberkesanannya. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sama ada wujud perbezaantanggapan di antara pelajar-pelajar bandar dan luar bandar serta pelajar-pelajar lelaki dan perempuan terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunse1ing. Kajian ini di jalankan di enam buah sekolah di daerah Larut dan Matang, Perak. Seramai 600 pelajar dipilih sebagai subjek kajian yang terdiri daripada 300 pelajar lelaki dan 300 pelajar perempuan. Kajian ini dija1ankan dengan soal selidik yang mengandungi 34 item. Data-data yang didapati dianalisis dengan cara taburan kekerapan, peratusan dan chi-square. Hasil kajian secara kese1uruhannya menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai tanggapan yang positif terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunse1ing. Tidak banyak perbezaan yang signifikan di antara tanggapan pelajar bandar dan luar bandar serta di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kenyataan-kenyataan mengenai perkhidmatan tersebut. Namun demikian ada juga terdapat tanggapan-tanggapan yang berbeza di kalangan responden yang berlainan lokaliti dan jantina terhadap beberapa kenyataan yang dikemukakan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Personnel service in secondary education - Perak
Subject:Counseling - Perak
Subject:Student counselors - Perak
Chairman Supervisor:Sharifah bt. Mohd. Noor, PhD
Call Number:FPP 1988 4
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8860
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:23 Dec 2010 04:18
Last Modified:23 Dec 2010 04:23

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 23 Dec 2010 04:18.

View statistics for "Tanggapan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Enam Buah Sekolah Menengah di Perak"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.