Mohamad Amin, Awang (1982) Satu Kajian Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 6Mb |
Abstract
Kajian ini telah cuba mengumpulkan data mengenai kesalahan umum penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama di kalangan pelajar-pelajar Melayu peringkat sekolah menengah atas. Kajian ini juga cuba mengumpulkan data, melalui soalselidik, mengenai cara pelajar-pelajar Melayu belajar Bahasa Malaysia di peringkat seperti yang tersebut di atas. Kajian ini telah memilih 120 orang pe1ajar sebagai contohan melalui proses pencontohan rawak secara bersusun-lapis berdasarkan rumupunan seramai 908 orang pelajar Melayu Tingkatan Empat, lelaki dan perempuan, di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan: dua di Wilayah Persekutuan, yang diistilahkan sebagai sekolah bandar, dan dua lagi adalah di negeri Selangor, yang diistilahkan sebagai sekolah desa. Contohan telah dibahagi kepada empat kumpu1an, tiap- tiap satunya mengandungi 30 orang pelajar, yang dikenal sebagai lelaki bandar, perempuan bandar; lelaki desa dan perempuan desa.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Malay language |
| Subject: | Language and languages - Study and teaching - Error analysis |
| Chairman Supervisor: | Professor Atan bin Long |
| Call Number: | FPP 1982 2 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 8831 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 21 Dec 2010 10:07 |
| Last Modified: | 09 Sep 2011 09:30 |
Repository Staff Only: item control page