UPM Perkenal Rumah Hijau Transgenik Bertaraf Antarabangsa

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Perkenal Rumah Hijau Transgenik Bertaraf Antarabangsa.

[img] PDF
78Kb

Official URL: http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=2010...

Abstract

SERDANG, 13 Disember - Dalam usaha mengembangkan penyelidikan tumbuhan transgenik, Universiti Putra Malaysia (UPM) kini memperkenalkan rumah hijau yang dilengkapi fasiliti bertaraf antarabangsa iaitu Rumah Hijau Transgenik (RHT). Rumah hijau itu bertujuan memberi kemudahan kepada penyelidik UPM melakukan kajian yang lebih mendalam mengenai teknologi transgenik selain menarik agensi penyelidikan luar menjalinkan kerjasama dengan UPM dalam bidang tersebut. Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, RHT itu diharap dapat membantu penyelidik UPM menghasilkan produk baharu termasuk tumbuhan dan buah-buahan yang bermutu tinggi. “Usaha seterusnya ialah memastikan fasiliti ini dapat diuruskan dengan cekap dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyelidik UPM. Fasiliti ini juga boleh menjadi sumber rujukan di peringkat kebangsaan pada masa hadapan,” katanya dalam ucapan perasmian RHT dan Seminar Aplikasi Teknologi Transgenik Dalam Pertanian anjuran Labarotari Tanaman Perladangan, Institut Pertanian Tropika (ITA), UPM. Ucapan tersebut dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Innovasi) UPM, Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh. Nik Mustapha berkata, pembinaan RHT memakan masa selama 40 minggu dengan kos sebanyak RM5 juta serta memenuhi spesifikasi antarabangsa bio-keselamatan tahap dua. Menurutnya, bahagian rumah hijau berkeluasan 252 meter persegi itu mempunyai dua bilik bersuhu ambien yang dikelilingi dawai keluli tahan karat dan satu bilik bersuhu sejuk berdinding polikarbonat selain dilengkapi dengan bilik pentadbiran dan bilik mesyuarat. Teknologi transgenik adalah penghasilan tumbuhan transgenik melibatkan kemasukan gen asing atau bahan genetik yang telah dimanipulasikan ke dalam sel tumbuhan yang seterusnya menjalani proses penjanaan semula untuk penghasilan tumbuhan baru.

Item Type:UPM News
ID Code:8811
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:20 Dec 2010 04:53
Last Modified:27 May 2013 07:39

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 20 Dec 2010 04:53.

View statistics for "UPM Perkenal Rumah Hijau Transgenik Bertaraf Antarabangsa"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.