Hamsan, Hanina Halimatusaadiah (2002) Prediktor Kefungsian Keluarga Berisiko yang Mempunyai Anak Remaja Resilien. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 605Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor penyumbang unik kefungsian keluarga berisiko yang mempunyai anak remaja (11-18 tahun) resilien. Responden (n=115) merupakan subsampel ibu kepada remaja (berusia 11 hingga 18 tahun) resilien daripada kajian IRPA (Intensification Research for Priority Areas) bertajuk 'Ekologi Keluarga Berisiko: Proses Interaksi dan Perkembangan Resiliensi Anak' (Rumaya, Rozumah & Rojanah, 2000). Lokasi kajian adalah beberapa buah daerah di negen Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah. Data telah dikumpulkan secara temubual bersemuka menggunakan borang soal selidik. Kefungsian keluarga telah diukur menggunakan 'Family Assesment Device' (Epstein, Baldwin dan Bishop, 1983). Kualiti tingkahlaku keibubapaan telah diukur menggunakan skala 'Parent's Report' (Dibble dan Cohen, 1974) yang telah diadaptasi oleh pengkaji mengikut kesesuaian budaya tempatan. Kualiti perkahwinan ibu pula diukur menggunakan dua skala iaitu 'Kansas Marital Satisfaction Scale' (Schumm, 1986; Rumaya, 1997) dan 'Conflict Tactic Scale' (CTS) oleh Straus (1979).
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Risk family |
| Subject: | Resilience (Personality trait) in adolescence |
| Chairman Supervisor: | Associate Professor Rozumah Baharudin, PhD |
| Call Number: | FEM 2002 8 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Human Ecology |
| ID Code: | 8786 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 17 Dec 2010 17:14 |
| Last Modified: | 17 Dec 2010 17:16 |
Repository Staff Only: item control page