Keyword Search:

Perkaitan di Antara Sokongan Sosial dan Interaksi Keluarga dengan Kefungsian Keluarga Berisiko

Mohd Haidin, Normadiniatul Shida (2002) Perkaitan di Antara Sokongan Sosial dan Interaksi Keluarga dengan Kefungsian Keluarga Berisiko. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
951Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara latarbelakang ibu (umur, jumlah tahun pendidikan, status pekerjaan, jumlah pendapatan bulanan keluarga dan bilangan anak), sokongan sosial dan interaksi keluarga (kualiti perkahwinan dan kualiti tingkahlaku keibubapaan) dengan kefungsian keluarga berisiko. Sampel (N=115) ibu yang mempunyai anak remaja resilien merupakan subsampel kajian 'Ekologi Keluarga Berisiko: Proses Interaksi dan Perkembangan Resiliensi Anak' (Rumaya, Rozumah & Rojanah, 2000) yang dibiayai oleh IRP A (Intensification of Research in Priority Areas). Data telah dikumpulkan secara temubual bersemuka berpandukan borang soal-selidik. Sokongan sosial yang diterima oleh respond en telah diukur menggunakan I Social Support Questionnaire (Shoriform), (Sarason, Sarason, Shearin & Pierce, 1987). Kepuasan perkahwinan responden telah diperolehi menggunakan Kansas Marital Satisfaction Scale (Schumm, 1986) yang telah diubahsuai (Rumaya, 1997), manakala pengurusan konflik telah diukur menggunakan Conflict Tactic Scales (CTS) (Straus, 1979). Parent's Report (Dibble & Cohen, 1974) telah digunakan untuk mengenalpasti kualiti tingkahlaku keibubapaan. Kefungsian keluarga pula telah diukur menggunakan Family Assessment Del,ice (FAD) (Epstein, Baldwin & Bishop, 1983). Soalan terbuka turut dikemukakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas bagi setiap variabel tumpuan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Social acceptance - Malaysia
Subject:Social interaction - Malaysia
Chairman Supervisor:Dr. Rumaya Juhari
Call Number:FEM 2002 5
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
ID Code:8782
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:17 Dec 2010 08:18
Last Modified:17 Dec 2010 08:20

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 17 Dec 2010 08:18.

View statistics for "Perkaitan di Antara Sokongan Sosial dan Interaksi Keluarga dengan Kefungsian Keluarga Berisiko"