Daerah Istimewa Aceh Sebagai Serambi Mekah

Mohd Yusoff, Mohd Zailani (2001) Daerah Istimewa Aceh Sebagai Serambi Mekah. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1579Kb

Abstract

Kajian ini secara objektifnya akan menyingkap dua status yang telah diberikan kepada Propinsi (negeri) Aceh iaitu Daerah Istimewa dan Serambi Mekah. Kedua-dua status ini telah dinobatkan kerana wujudnya keistimewaan tersendiri yang dimiliki oleh negeri tersebut. Jesteru, kajian ini telah memberikan tumpuan kepada latar belakang penerimaan dan perkembangan Islam di Nusantara dengan menfokuskan peranan Aceh sebagai pusat penyebaran Islam. Selain itu, proses perkembangan ilmu pengetahuan juga turut diberi perhatian dalam kajian ini lantaran ianya menjadi pemangkin kepada proses anjakan paradigma masyarakat Islam di alam Melayu. Fenomena inilah yang melonjakkan kedudukan Aceh sehingga dimartabatkan sebagai Serambi Mekah. Tidak dipinggirkan, aspek sejarah juga turnt diberi perhatian dalam kajian ini. Fokus utama yang dilakukan dengan melihat faktor-faktor berlakunya Gerakan Darnl Islam, fenomenanya dan strategi pemerintah untuk menangani pergolakan yang berlaku serta pengisian-pengisian yang dilakukan oleh Pemerintah Aceh dalam usaha mereka untuk merealisasikan gelaran Aceh sebagai Propinsi Daerah Istimewa Aceh. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah berjaya mengenengahkan beberapa perkara berikut sebagai intipati kajian. Pertama, wujudnya proses jaringan ulama di antara Aceh-Mekah telah berjaya membentuk sebuah tamadun Islam khususnya dalam menguasai pemikiran masyarakat di alam Melayu. Kedua, wujudnya pengaruh Islam dalam bidang politik, kesusasteraan tasawuf dan pendidikan telah menjadi pemangkin kepada perkembangan Islam yang dilakukan oleh kerajaankerajaan Islam di Aceh ke atas wilayah-wilayah kekuasaannya. Ketiga, kesan peninggalan naskah-naskah kuno adalah menjadi bukti telah wujudnya konsep integrasi pendidikan di antara Mekah-Aceh. Ianya juga telah menunjukkan bahawa dengan kekuatan pemikiran para ulama Mekah sedikit sebanyak telah menjadi motivasi kepada usaha-usaha penyebaran Islam di Nusantara. Keempat, realitinya, gelaran Daerah Istimewa Aceh tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan gelaran Serambi Mekah. Namun begitu, gelaran Daerah Istimewa Aceh hanyalah satu helah politik pemerintah Republik Indonesia dalam usaha untuk mengaburi pemikiran masyarakat Aceh sematamata untuk menghalang Aceh menuntut kemerdekaan daripada pemerintah tersebut. Kelima, strategi pengisian oleh pihak-pihak berwajib seperti menubuhkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), Lembaga Adat dan Kebudayaan Aceh (LAKA) dan MajIis Pendidikan Daeran (MPD) sedikit sebanyak telah merealisasikan gelaran Daerah Istimewa Aceh. Seungguhpun demikian, semua ini adalah bersifat sementara kerana pengiktirafan tersebut tidak mempunyai apa-apa makna menurut persepsi masyarakat Aceh.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Islam - Indonesia - Aceh
Chairman Supervisor:Haji Ahmad Fauzi Bin Haji Morad
Call Number:FEM 2001 7
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
ID Code:8778
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:17 Dec 2010 07:09
Last Modified:17 Dec 2010 07:11

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 17 Dec 2010 07:09.

View statistics for "Daerah Istimewa Aceh Sebagai Serambi Mekah"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.