Kualiti Tingkahlaku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkahlaku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar

Arshat, Zarinah (2001) Kualiti Tingkahlaku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkahlaku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
2533Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara faktor latarbelakang keluarga (pendidikan ibu, pendapatan keluarga dan bilangan anak) dan kualiti tingkahlaku keibubapaan dengan penyesuaian tingkahlaku anak (resiliensi, estim diri dan pencapaian akadernik) dalam keluarga berisiko. Teknik persarnpelan rawak mudah telah digunakan untuk rnengenalpasti sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada 201 pasangan ibu-anak berbangsa Melayu yang tinggal di luar bandar negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor. Responden ibu dan anak telah ditemubual secara bersemuka oleh enumerator yang terlatih dengan menggunakan borang soal selidik. Kualiti tingkahlaku keibubapaan telah diukur menggunakan skala 'Supportive Parenting' oleh Simons et al. (1992). Tahap resiliensi anak pula diukur menggunakan skala 'Resiliency A ttitudes Scales' oleh Bischoe dan Harris (1994). Tahap estim diri anak diukur berdasarkan 'Hare Self-Esteem Scale ' (Hare, 1985). Pencapaian akademik anak diukur berdasarkan skor lima matapelajaran terpilih: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Agama Islam. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhannya, kualiti tingkahlaku keibubapaan dan tahap penyesuaian tingkahlaku anak adalah rendah. Lebih daripada separuh (55.2%) responden ibu mempunyai kualiti tingkahlaku keibubapaan yang rendah. Hampir separuh responden anak pula mempunyai tahap estim diri (49.8%) dan pencapaian akademik (42.3%) yang rendah. Manakala lebih daripada separuh (55.7%) responden anak mempunyai tahap resiliensi yang rendah.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Parenting
Subject:Child psychology
Subject:Child rearing
Chairman Supervisor:Associate Professor Rozumah Baharudin, PhD
Call Number:FEM 2001 4
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
ID Code:8776
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:17 Dec 2010 04:07
Last Modified:17 Dec 2010 04:09

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 17 Dec 2010 04:07.

View statistics for "Kualiti Tingkahlaku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkahlaku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.