UPM Institutional Repository

Kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko di luar bandar


Citation

Omar, Noralina (2001) Kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko di luar bandar. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga yang berisiko di luar bandar. Selain itu, kajian ini menentukan perkaitan di antara ciri sosioekonomi dan faktor latarbelakang perkahwinan dengan kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko. Perkaitan di antara kualiti perkahwinan dengan kualiti tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga tersebut telah juga dianalisis dalam kajian ini. Sampel kajian ini terdiri daripada 420 isteri berbangsa Melayu yang menetap di kawasan luar bandar daerah terpilih di 4 buah negeri (Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor). Sampel dipilih secara rawak dan maklumat dikumpulkan menggunakan borang soal selidik, di mana responden telah ditemubual secara bersemuka. KuaHti perkahwinan diukur dengan menggunakan Kansas Marital Satisfaction Scale (Schumm, 1986) yang telah diubahsuai (Rumaya, 1997) untuk aspek kepuasan, Marital Problem Questionnaire (Douglass & Douglass, 1995) untuk aspek masalah perkahwinan dan Conflict Tactic Scales (Straus, 1979) untuk aspek kemahiran mengendali konflik. Kualiti tingkahlaku keibubapaan pula diukur dengan menggunakan Parental Questionnaire (Lempers, Clark-Lempers & Simons, 1989).


Download File

[img] Text
FEM_2001_3 IR.pdf

Download (817kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Marriage - Parental behaviour - Malaysia
Subject: Marriage - Family characteristic
Call Number: FEM 2001 3
Chairman Supervisor: Dr. Rumaya Juhari
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 17 Dec 2010 03:38
Last Modified: 29 Jan 2024 08:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8774
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item