Ahmad, Samsudin (2000) Sajak-Sajak Masuri S.N.: Analisis Pemikiran Dan Bentuk Luaran. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1180Kb |
Abstract
Kajian ini melibatkan aspek pemikiran dan bentuk luaran sajak-sajak Masuri S.N. dari tahun 1945 hingga tahun 1995. Sajak-sajak tersebut dibahagikan kepada dua era iaitu, era sebelum merdeka dan era selepas merdeka. Sajak-sajak sebelum merdeka antara tahun 1945-1956 dan era selepas merdeka merangkumi sajak-sajak antara tahun 1957-1995. Kajian ini menganalisis bentuk visual seperti penyusunan baris dan rangkap yang memberi makna dalam sajak. Kemudian sajak-sajak tersebut digolongkan dalam bentuk sajak yang menggunakan rangkap puisi tradisi seperti pantun dan syair, sajak bebas, dan saj ak satu rangkap yang kemudiannya dibandingkan pula dengan pemikiran dalam saj ak. Seterusnya dianalisis pula bentuk rima akhir kerana rima akhir menentukan tiga bentuk yang dikatagorikan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa bukan sahaja berlakunya perubahan yang dominan dalam aspek pemikiran bahkan bentuk luaran sajak juga turut berubah antara sajak sebelum dengan selepas merdeka.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Malay poetry - Malaysian authors |
| Chairman Supervisor: | Encik Kamaruzzaman bin Abdul Kadir |
| Call Number: | FBMK 2000 10 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Modern Language and Communication |
| ID Code: | 8753 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 17 Dec 2010 09:45 |
| Last Modified: | 17 Dec 2010 09:49 |
Repository Staff Only: item control page