UPM Institutional Repository

Penghasilan kapsaisin dari tisu kultur cili dan pengekstrakannya dari sumber asli serta bioasai terhadap larva tribolium castaneum dan biji sawi brassica chinensis


Citation

Abdul Azam, Jazlina (1995) Penghasilan kapsaisin dari tisu kultur cili dan pengekstrakannya dari sumber asli serta bioasai terhadap larva tribolium castaneum dan biji sawi brassica chinensis. Other thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Biji cili tempatan Capsicum annuum L telah digtmakan di dalam kajian Int. Biji tersebut telah dikultur di atas suatu medimn asas pepejal Murashige and Skoog (MS) yang mengandungi 2,4 asid dikloroferoksi asetik (0.4 mg/L), kinetin (0.003 mg/L), sukrosa (30g/L) dnn agnr Gelrite (2.5g/L) pada pH 5.7 dan dieramkan pada suhu 26 ± 2˚C. Sampel cHi segar Capsicum annuum L dan Capsicum frustescen juga didapati dari pasaran tempatan digunaknn bagi tujuan penyelidikan ini. Selepas dua minggu, kultur biji eili telah mula membentuk. kalus yang betwama putih dan peroi. Kalus tersebut disubkulturkan ke medium baru pada minggu ke lima untuk kegunaan pengekstrakan kapsaisin. Pengekstrakan kapsaisin boleh dilakukan terhadap sampel kalus berumur 0, 4 dan 8 minggu, sampel-sampel segar cili Capsicum annuum L dan Capsicum frostescen. Penentuan kandungan kapsaisin boleh dilakukan dengan menggunakan alat spektroflourometer di mana sebehnn itu, sampel telah diasingkan melalui kromatografi lapisan nipis (TLC) dengan pelarut metanoI bersama penimbal (3.1g asid borik + 3.78g kalium klorida / lL air suling) dalam nisbah 60:40, pH 9.6. Kapsaisin komersial, ekstrak sampel kalus dan cili segar telah digunakan di dalam bioasai : ujian larvisidal terhadap larva Tribolium castaneum dan ujian sitotoksisiti terhadap biji sawi (Brassica chinensis). Di dapati bahawa kapsaisin mampu merencat pertumbuhan larva (pengurangan berat per larva) pada hari ke 6 berkadar terns dengan kepekatan sampel yang digunakan. Pada kepekatan 1000ppm, sampel kapsaisin komersial telah mereneat pertumbuhan larva sebanyak 9.42%, bagi kalus berumur 4 minggu (6.92%), kalus berumur 8 minggu (1.90%), ekstrak Capsicum annuum (3.21%) dan ekstrak Capsicum frostescen (4.41 %) berbanding dengan kawalan. Di dapati kapsaisin komersial dan ekstrak tidak menunjukkan perencatan yang signifikan terhadap percambahan biji sawi (Brassica chinensis) di mana lebih 80% biji bercambah pada rawatan semua sampel. Walaubagaimanapun amaun kapsaisin didapati boleh mempengaruhi dengan merencat pertumbuhan hipokotil dan radikal biji sawi bergantung terhadap kepekatan kapsaisin yang digunakan. Pada kepekatan sampel 1000ppm, sampel kapsaisin berjaya merencat pertumbuhan hipokotil dan radikal sebanyak 50.30% dan 46.52% maging-masing bagi kapsaisin komersial, kalus berumur 4 minggu (22.10% dan 24.46%), kalus berumur 8 minggu (0.16% dan 1.96%),Capsicum frustescen (47.57% dan 41.17%) dan Capsicum annuum (5.57% dan 6.67%).


Download File

[img] Text
FSAS_1995_3 IR.pdf

Download (8MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Other)
Call Number: FSAS 1995 3
Chairman Supervisor: Dr. Johari Bin Ramli
Divisions: Faculty of Environmental Studies
Notes: Project paper (B.S.(Hons.)
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 15 Dec 2010 07:37
Last Modified: 23 Jan 2024 08:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8742
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item