Faktor-Faktor Keputusan Khidmat Luaran Sistem Maklumat Bagi Organisasi di Negeri-Negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Ismail, Suryani (2002) Faktor-Faktor Keputusan Khidmat Luaran Sistem Maklumat Bagi Organisasi di Negeri-Negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
653Kb

Abstract

Pada hari ini, perkembangan teknologi komputer amatlah pesat tidak kira untuk kegunaan persendirian mahupun di pejabat. Tambahan pula kini komputer merupakan satu alat yang amat penting kepada semua pihak terutama kepada pihak pengurusan samada di peringkat atasan, pertengahan atau bawahan. Disebabkan setiap organisasi hari ini mempunyai kakitangan yang berdaya fikir, sistem maklumat telah menjadi antara aset penting sesebuah organisasi. Dalam menguruskan jabatan sistem maklumat, kebanyakan pengurus berlumba-lumba untuk menghasilkan sebuah jabatan sistem maklumat yang lebih berkualiti dan dapat menepati keperluan mereka dan pihak lain. Untuk itu kebanyakan organisasi sekarang telah menggunakan khidmat luaran (outsourcing) untuk menguruskan jabatan sistem maklumat ataupun fungsi-fungsi di dalam jabatan sistem maklumat dalam organisasi mereka.Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap penggunaan khidmat luaran di organisasi dan mengenalpasti faktor-faktor keputusan khidmat luaran bagi jabatan sistem maklumat atau fungsi-fungsi di dalam jabatan sistem maklumat di organisasi mereka. Di samping itu, berdasarkan kepada hasil kajian, sebuah model bagi faktor-faktor keputusan khidmat luaran sistem maklumat akan dicadangkan. Untuk mendapatkan data bagi kajian ini, pengumpulan data dilakukan dengan mengedarkan borang soal-selidik kepada organisasi yang telah dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan (purpose sampling). Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan pakej perisian statistik, SPSS versi 10.05 . Hasil kajian ini mendapati bahawa 66 peratus daripada organisasi yang disoalselidik menggunakan khidmat luaran di jabatan sistem maklumat masing-masing, tanpa mengira saiz organisasi mereka. Bagi faktor-faktor keputusan khidmat luaran pula, tiga faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan adalah faktor kakitangan, data dan kawalan. Manakala tujuh faktor lain yang tidak mempunyai hubungan yang signifikan turnt dikenalpasti iaitu faktor ekonomi, pembekal, organisasi, pengurusan, kualiti, strategik dan teknologi. Daripada keputusan kajian ini, satu model cadangan bagi faktor-faktor keputusan khidmat luaran IS telah dihasilkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Decision making - Peninsular Malaysia - East Coast
Subject:Information technology x Contracting out - Peninsular Malaysia - East Coast
Subject:Contracting out - Peninsular Malaysia - East Coast
Chairman Supervisor:Professor Madya Tuan Haji Mohd Hasan Bin Selamat
Call Number:FSKTM 2002 8
Faculty or Institute:Faculty of Computer Science and Information Technology
ID Code:8690
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:09 Dec 2010 07:17
Last Modified:13 Dec 2012 03:34

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.