Abdul Rahman, Mohd Fitri (1999) Pendekatan Komputer Peribadi Terhadap Pengiraan Jumlah Tenaga Keadaan Dasar Bagi Atom dan Molekul Ringkas. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1422Kb |
Abstract
Pengiraan tenaga bagi atom dan molekul merupakan salah satu bidang utama dalam kuantum kimia. Pelbagai teknik penghampiran digunakan dalam projek ini iaitu penghampiran Hartree-Fock, penghampiran Hartree-Fock-Roothaan, penghampiran Thomas-Fermi, dan penghampiran Xa. Tujuan utama pelbagai penghampiran dikaji adalah untuk mencari kaedah atau teknik yang paling hampir dengan nilai ujikaji serta mengambil masa yang tersingkat dalam pengaturcaraan program. Bahasa pengaturcaraan C dan c++ telah digunakan. Keputusan yang didapati telah dibandingkan dengan keputusan penyelidik terdahulu. Kajian ini menunjukkan bagi penghampiran Hartree-Fock, didapati bahawa semakin besar atom, keputusan yang didapati menghampiri dengan nilai teori berbanding nilai dari keputusan dengan penghampiran lain. Manakala bagi penghampiran Hartree- Fock-Roothaan, keputusan yang didapati konsisten apa yang dijalankan oleh penyelidik terdahulu. Bagi penghampiran Thomas-Fermi pula purata ralat didapati adalah sebanyak 30% dan keputusan penghampiran Xa juga didapati kurang memuaskan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Quantum chemistry - Computer programs |
| Chairman Supervisor: | Zainul Abidin Hassan, PhD |
| Call Number: | FSAS 1999 6 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Environmental Studies |
| ID Code: | 8654 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 08 Dec 2010 16:26 |
| Last Modified: | 11 May 2012 09:16 |
Repository Staff Only: item control page