UPM Anjur Persidangan Antarabangsa Dalam Bidang Komposit Sains dan Teknologi (ICCST8)

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM Anjur Persidangan Antarabangsa Dalam Bidang Komposit Sains dan Teknologi (ICCST8).

[img] PDF
76Kb

Abstract

KUALA LUMPUR, 31 Mac– Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) julung kalinya menganjurkan 8th International Conference on Composite Science and Technology (ICCST8) baru-baru ini. Pengerusi bersama persidangan, Profesor Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dan Dr. Faizal Mustapha dari Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa berharap persidangan itu dapat melebarkan jaringan dalam bidang komposit sains dan teknologi. “Persidangan ini menyediakan platform untuk penyelidik, ahli akademik dan usahawan untuk berkongsi pengetahuan serta menambah rangkaian penyelidikan dari dalam dan luar negara dalam bidang komposit sains dan teknologi,” katanya. Sementara itu, UPM berjaya merangkul Anugerah Poster Terbaik iaitu ‘Tensile and Flexural Behavior of Hybrid Banana Pseudostem/glass Fibre Reinforced Polyester Composites’ daripada lima poster di peringkat akhir sebelum melepasi saingan 70 poster peringkat awal. Penceramah jemputan dari Cambridge University, Profesor Peter W.R. Beaumont dan Profesor Dr. Azman Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyampaikan ceramah utama dalam bidang kepakaran masing-masing berkaitan komposit dan nano-komposit. Pihak penganjur ICCST8 menerima 320 abstrak, antaranya dari Turki, Iran, Kuwait, Australia, UK, Qatar, UAE, Indonesia, India, France, Germany, Japan Saudi Arabia, Thailand, Oman, Poland dan Republik Czech. Selain itu kertas pembentangan terpilih akan diterbitkan dalam Journal: Applied Composite Materials (Springer) dan Mechanics of Advanced Materials and Structures (Taylor and Francis).

Item Type:UPM News
ID Code:8543
Deposited By: Mohd Zulkifly Othman
Deposited On:01 Dec 2010 01:01
Last Modified:27 May 2013 07:39

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 01 Dec 2010 01:01.

View statistics for "UPM Anjur Persidangan Antarabangsa Dalam Bidang Komposit Sains dan Teknologi (ICCST8)"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.