Analisis Model Keberkesanan Komunikasi Interpersonal Antara Pengetua dan Guru Sekolah Menengah Terkawal di Pantai Timur Malaysia

Wan Mohd Amin, Wan Abd Aziz (2002) Analisis Model Keberkesanan Komunikasi Interpersonal Antara Pengetua dan Guru Sekolah Menengah Terkawal di Pantai Timur Malaysia. PhD thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
583Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka hubungan antara komunikasi kepimpinan pengetua dan esteem kendiri guru dengan keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Permasalahan kajian ini difokuskan kepada tiga persoalan utama iaitu: (1) Adakah komunikasi kepimpinan pengetua mempunyai hubungan positif terhadap esteem kendiri guru? (2) Adakah esteem kendiri guru mempunyai hubungan positif terhadap keberkesanan komunikasi interpersonal guru? (3) Adakah komunikasi kepimpinan, esteem kendiri dan faktor peramal menunjukkan pengaruh terhadap keberkesanan komunikasi interpersonal guru? Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan melibatkan pengujian lapan hipotesis utama. Data-data di perolehi melalui kajian soalselidik yang dilakukan terhadap 121 responden iaitu terdiri daripada guru-guru yang bertugas di sekolah menengah terkawal kawasan bandar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Responden tersebut dipilih daripada enam buah sekolah berdasarkan persampelan purposive yang dibuat ke atas 16 buah sekolah menengah terkawal kawasan bandar di Pantai Timur. Pemilihan 121 responden dibuat dengan menggu nakan persampelan rawak kluster mengikut jantina yang mewakili 30% daripada jumlah populasi. Responden diminta memberi persepsi terhadap komunikasi kepimpinan di seko/ah dengan menjawab seju m/ah 87 item soalan yang berasaskan kepada lima variabel utama kajian iaitu kepimpinan merintis struktur, kepimpinan pertimbangan, orientasi komunikasi, esteem kendiri dan keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Semua data yang diperolehi dianalisiskan menggunakan program SPSS versi 9.0 dengan menggunakan analisis statistik deskriptif, korelasi Pearson, korelasi partial, regresi berganda dan path analysis. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif di antara komunikasi kepimpinan pengetua dengan peningkatan esteem kendiri guru dan seterusnya wujud pula hubungan yang positif dengan keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Dapatan juga menunjukkan komunikasi kepimpinan, esteem kendiri dan faktor peramal mempengaruhi keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Hasil dapatan ini memberi gambaran bahawa amalan komunikasi kepimpinan yang berasaskan kepada kepimpinan merintis struktur, kepimpinan pertimbangan, orientasi komunikasi terbuka terbukti dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Oleh itu stail komunikasi kepimpinan yang dapat menjanakan kesejahteraan diri di tempat kerja ini perlu disebarkan dan diterapkan dalam diri pemimpin dengan harapan supaya kualiti sesebuah organisasi itu dapat dipertingkatkan

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:School principals - Interpersonal communication - Teachers - Case studies
Chairman Supervisor:Professor Dato' Dr. Sulaiman Md Yassin
Call Number:FEP 2002 15
Faculty or Institute:Faculty of Economics and Management
ID Code:8317
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:10 Nov 2010 07:46
Last Modified:10 Nov 2010 08:15

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.