Simple Search:

Perubahan Kognitif dan Tingkat Interaksi Penonton dengan Drama Melayu di Televisyen: Analisis Drama 'Jutawan Segera'


Citation

Bolong, Jusang (1998) Perubahan Kognitif dan Tingkat Interaksi Penonton dengan Drama Melayu di Televisyen: Analisis Drama 'Jutawan Segera'. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kebanyakan drama Melayu kini semakin mengabaikan imej orang Melayu dalam pembentukan identiti bangsa. Ketidaktepatan imej yang dipancarkan melalui drama Melayu merupakan masalah yang perlu dikenalpasti. Persoalannya, adakah imej yang dipaparkan melalui drama Melayu dapat menggugat perubahan kognitif dan apakah hubungannya dengan tingkat interaksi penonton? Objektif kajian eksperimen ini adalah 1) untuk mengenalpasti tingkat interaksi penonton dengan drama Melayu di televisyen; 2) untuk mengenalpasti perubahan kognitif penonton drama Melayu di televisyen dan; 3) untuk mengenalpasti hubungan di antara perubahan kognitif dengan tingkat interaksi penonton drama Melayu di televisyen.Kajian ini dijalankan mengikut Rekabentuk Kawalan Prauji dan Postuji. Seramai 40 orang pelajar komunikasi dipilih. Kumpulan rawatan dibahagikan kepada dua, kumpulan kawalan (20 orang) dan kumpulan eksperimen (20 orang). Pembahagian ditentukan secara rawak. Kumpulan eksperimen dipertontonkan dengan Drama Jutawan Segera sebagai rangsangan. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik prauji dan postuji. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) bagi mendapatkan maklumat tentang peratusan, purata, sisihan piawai. Ujian Berpasangan Wilcoxon-Signed Rank dan Ujian Korelasi juga digunakan. Hasil kajian ialah 1) tingkat interaksi penonton pada tahap menonton, membacalmenginterpretasi dan mengguna adalah tinggi; 2) tidak terdapat perbezaan yang signifikan perubahan kognitif (perubahan darjah ketepatan imej orang Melayu) sebelum dan selepas menonton Drama Jutawan Segera, dan; 3) tingkat interaksi yang tinggi pada tahap menonton, membaca/menginterpretasi dan mengguna tidak meningkatkan perubahan kognitif keseluruhan. Bagaimanapun, peningkatan tahap membaca/menginterpretasi akan menambahkan darjah ketepatan imej pemikiran berbanding peningkatan tahap mengguna. Pada amnya, dapat dirumuskan bahawa perubahan kognitif (perubahan darjah ketepatan imej orang Melayu berdasarkan Drama Jutawan Segera) tidak bergantung kepada tingkat interaksi penonton.


Download File

[img] PDF
FEM_1998_2_A.pdf

Download (572kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay drama - History and criticism
Call Number: FEM 1998 2
Chairman Supervisor: Dr. Saodah Wok
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 22 Oct 2010 17:01
Last Modified: 22 Oct 2010 17:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8214
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item