UPM Institutional Repository

Keberkesanan Kaedah Pengiraan Menggunakan Teori Jari dalam Membantu Pencapaian Aritmatik Kanak-kanak berumur antara 6 - 12 Tahun


Citation

Heah, Swee Ching (1997) Keberkesanan Kaedah Pengiraan Menggunakan Teori Jari dalam Membantu Pencapaian Aritmatik Kanak-kanak berumur antara 6 - 12 Tahun. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Di Malaysia, kaedah pengiraan secara Teori Jari berasaskan konsep pengiraan sempoa masih merupakan satu pendekatan bam dalam pengajaran aritmatik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan pencapaian aritmatik antara dua kumpulan rawatan dan kawalan bagi kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun. Kajian ini merupakan satu kajian eksperimen "Quasi". Bilangan responden bagi kumpulan rawatan dan kawalan adalah masing-masing 20 orang. Kesemua pasangan responden daripada dua kumpulan rawatan dan kawalan ini sarna dari segi umur, tahap dan pencapaian mata pelajaran matematik terkini. Tiga perkara diuji dalam kajian ini, iaitu ketepatan pengiraan, kepantasan pengiraan dan kecekapan pendengaran serta tangkapan terbadap angka Semua data telah dianalisis dengan Ujian-t dan khi-kuasa dua X2- Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam skor ujian ketepatan pengiraan, kepantasan pengiraan dan kecekapan pendengaran serta tangkapan terhadap angka bagi murid-murid antara kumpulan kaedah pengiraan secara Teori Jari (kumpulan rawatan) dan kumpulan kaedah pengiraan secara biasa iaitu pense} dan kertas (kumpulan kawalan). Selepas kumpulan rawatan mengikuti kursus pengiraan secara Teori Jari selama tiga bulan, purata skor yang diperolehi bagi ketiga-tiga ujian iaitu ketepatan pengiraa.n, kepantasan pengiraan, dan kecekapan pendengaran serta tangkapan adalah lebih tinggi berbanding dengan sampel kurnpulan kawalan. Cadangan kajian pada masa depan ialah mengenalpasti keberkesanan pendekatan kesinambungan dati Teori Jari ke pengiraan mental dalam meningkatkan taraf pencapaian aritmatik murid-murid sekolah rendah.


Download File

[img] PDF
FEM_1997_6_A.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Finger calculation
Call Number: FEM 1997 6
Chairman Supervisor: Dr. Putri Zabariah Hj. Megat Abdul Rahman
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 22 Oct 2010 07:16
Last Modified: 22 Oct 2010 07:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8208
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item