UPM Institutional Repository

Perubahan Dalam Permintaan Akhir dan Perubahan Struktur Ekonomi Malaysia : 1978 - 1987


Citation

Ginturun, Jessel (1998) Perubahan Dalam Permintaan Akhir dan Perubahan Struktur Ekonomi Malaysia : 1978 - 1987. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Objektif utama kajian ini ialah menilai kesan perubahan dalam struktur pengeluaran industri (kesan struktur) dan perubahan dalam peringkat dan kandungan permintaan akhir (kesan permintaan) ke atas keperluan input perantaraan, buruh dan modal bagi setiap industri dan industri secara keseluruhan dalam ekonomi Malaysia dari tahun 1978-1987 dengan menggunakan rangka kerja analisis input-output. Angkubah tersebut akan di analisis secara serentak atau berasingan dalam satu tempoh jangka masa yang sarna. Biasanya, variasi perubahan dalam struktur dan perubahan dalam peringkat dan kandungan permintaan akhir berkait rapat dengan polisi yang diperkenalkan dan ditekankan. Walau bagaimanapun, rangka kelja methodologi ini tidak dapat menjelaskan pertalian secara langsung antara polisi dan kesannya Analisis ini hanya mampu menjelaskan perhubungan di antara strategi pembangunan ekonomi dan kesannya terhadap perubaban dalampertumbuhan dan struktur ekonomi. Perindustrian memainkan peranan yang penting di Malaysia. Setiap industri mempunyai pertalian dengan industri yang lain bagi memperolebi input untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan akhir. Bagaimanapun, proses tranfomasi input kepada output bukan merupakan proses yang mudah, ianya melibatkan kekangan input pengeluaran. Misalnya, dari segi bahagian penawaran output bergantung kepada perolehan input dan teknologi yang digunakan manakala dari segi bahagian permintaan pula bergantung kepada halangan dan keadaan pasaran yang mempengaruhi serapan terhadap barangan. Dalam konteks Malaysia, dari segi penawaran pertumbuhan output berkait rapat dengan kebolehubahan input perantaraan, buruh, modal dan lain-lain pembolehubah yang berkaitan selain daripada tiga input di atas. Daripada kajian yang telah dijalankan, jika struktur input-output yang berlainan digunakan untuk mengeluarkan permintaan akhir yang sama, perubahan dalam struktur pengeluaran atau teknologi tidak: mempunyai kesan yang signifikan terbadap keperluan input perantaraan dalam ekonomi. Dengan kata lain, teknologi secara umumnya mempunyai hubungan yang 'neutral' dengan penggunaan input perantaraan. Jika diandaikan ekonomi mernpunyai struktur pengeJuaran yang tetap perubahan dalam peringkat dan kandungan permintaan akhir mempunyai kesan yang kuat terhadap peningkatan dalam output atau input perantaraan. Daripada perbincangan ini juga, perubahan dalam teknologi sepanjang tempoh kajian kurang menggunakan input buruh tetapi lebih cenderung kepada pengunaan lebih banyak modal bagi setiap peringkat permintaan akhir. Perubahan dalam teknologi mempunyai kadar perhubungan yang negatif dengan keperluan buruh dan kadar perbubungan yang positif dengan keperluan input modal. Perubahan dalam pennintaan akhir menyebabkan pertumbuhan yang tinggi dalam penggunaan input buruh dan lebih kuat lagi terbadap input penggunaan modal. Ini memperlihatkan bahawa kesan permintaan lebih kuat daripada kesan struktur. Kesimpulan daripada kajian ini, perubahan dalam teknologi mempunyai hubungan yang 'neutral' terhadap penggunaan input perantaraan, lemah terhadap input buruh dan kuat terhadap input modal. Dengan kata lain perubaban peringkat dan kandungan dalam permintaan mempunyai kesan yang lebih signifikan terhadap keperluan faktor pengeluaran dalam ekonomi.


Download File

[img] PDF
FEP_1998_1_A.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malaysia - Economic conditions - 1978 - 1987
Subject: Malaysia - Economic Structure - 1978 - 1987
Call Number: FEP 1998 1
Chairman Supervisor: Associate Professor Zakariab Abdul Rashid, PhD
Divisions: Faculty of Economics and Management
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 11 Oct 2010 09:58
Last Modified: 11 Oct 2010 10:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8058
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item