UPM Institutional Repository

Kajian Ekonomi Pengeluaran Bot Pukat Tunda Perairan Luar Pantai, Kawasan Pantal Timor Semenanjung Malaysia


Citation

Zainul Abidin, Abd. Hamid (1988) Kajian Ekonomi Pengeluaran Bot Pukat Tunda Perairan Luar Pantai, Kawasan Pantal Timor Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Objektif umum kajian ini ialah untuk membuat analisis ekonomi terhadap pengeluaran bot pukat tunda perairan luar pantai yang beroperasi di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia . Secara spesifiknya kajian ini akan menyediakan maklumat-maklumat asas tentang ciri-ciri operasi, mengenalpasti, menganggar dan menilai pembolehubah-pembolehubah utama yang mempengaruhi jumlah pengeluaran dan jumlah hasil, menganggar nilai dan keluaran fizikal input perikanan, skel pengeluaran, saiz bot optima dan akhir sekali menganalisis dari segi keekonomian pengeluaran bot pukat tunda perairan luar pantai. Andaian kajian ini ialah bahawa setiap pengusaha bot pukat tunda bertujuan untuk memaksimakan keuntungannya.Bagi tujuan penganggaran, model fungsi pengeluaran Cobb Douglas digunakan. Manakala teknik 'Ordinary least squares' (OLS) pula digunakan bagi menguji keputusan empirikal yang diperolehi. Data primer dengan menemuduga juragan, awak-awak dan pemilik bot digunakan bagi tujuan analisis. Keputusan anggaran menunjukkan pembolehubah, wakil bagi modal (saiz botdan penggunaan diesel), angkubah wakil bagi buruh (bilangan hari ke laut) dan angkubah wakil bagi keupayaan pengurusan (umur juragan) adalah berkolerasi secara positif dengan jumlah tangkapan dan jumlah hasil. Keluaran marginal (nilai dan fizikal) bagi output perikanan menurun dengan pertambahan seunit input atau daya tangkapan. Saiz optima bot pukat tunda dalam jangka pendek yang dapat memaksimakan keuntungan bersih atau sewa ekonomi ialah bot tunda bersaiz 90 GRT. Pada saiz tersebut, nilai keuntungan bersih yang dipe rolehi ialah $3,496 sebulan; iaitu setelah mengambilkira pulangan ke atas faktor buruh, modal dan pengurusan. Analisis viabiliti ke atas bot saiz optima bagi menunjukkan bot tunda 90 GRT masih lagi menguntungkan dalam jangka panjang. Keputusan analisis viabiliti menunjukkan bot tunda 90 GRT telah menghasilkan nilai kini bersih $103,304. Indek nilai kini ialah 1.42, jangka masa pulang modal ialah 5-6 tahun dan kadar pulangan dalam sebanyak 27.22 temp oh jangkahayat selama lO tahun, Walau peratus dalam bagaimanapun keputusan dari saiz optima tersebut bukan satu yang konklusif tetapi ianya lebih merupakan indikator umum berdasarkan datadata jangka masa pendek yang dikumpul dan dianalisis. Dari analisis keekonomian, bot tunda bersaiz sederhana (70 GRT - 89 GRT) dan bot tunda bersaiz besar (90 GRT - 1 10 GRT) telah menghasilkan beberapa keputusan penting. Pertama, purata kos pelaburan awel bagi bot tunda bersaiz sederhana dan besar ialah $ 167,000 dan $237,000 sebuah yang mana kos tersebut adalab agak tinggi bagi kebanyakan nelayan tempatan. Kedua , purata pendapatan bersih tahunan kepada pemilik bot ialah $20,954 bagi bot tunda saiz sederhana dan $15,510 bagi bot tunda saiz besar. Keputusan ini adalah dijangkakan kerana walaupun bot tunda mempunyai saiz yang berbeza tetapi dari segi kawasan tangkapan adalah sama (48km-96km). Tetapi oleh kerana kadar faedah pinjaman yang tinggi, maka sebahagian besar dari untung kasar yang diperolehi terpaksa digunakan untuk membayar balik pinjaman. Ketiga, anggaran pendapatan tunai sebulan bagi awak-awak dan juragan bot tunda saiz sederhana ialah $749 dan $1,497. Manakala pendapatan tunai bot tunda bersaiz besar pula masing-ma sing $811 dan $1,624 sebulan. Tetapi setelab mengambilkira pendapatan dalam bentuk bukan tunai (imputed value) seperti upah dan bonus, ikan lauk, dan makanan semasa di laut, maka jumlab sebenar pendapatan awakawak dan juragan adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, purata pendapatan sebenar sebulan bagi awak-awak dan juragan bot tunda saiz sederhana ialah $948 dan $1,751. Manakala pendapatan sebenar sebulan bagi bot tunda bersaiz besar ialah $1,025 dan $1,915 sebulan. Keempat, analisis produktiviti fizikal dan ekonomi secara umumnya menunjukkan bot tunda saiz sederhana adalah lebih produktif berbanding dengan bot tunda saiz besar. Akhir sekali analisis titik pulangan modal menunjukkan bot tunda saiz sederhana dan saiz besar memerlukan 145,359 dan 178, 433 kilogram ikan sebulan bagi mencapai titik pulangan modal. Ini bererti kemerosotan sumber ikan antara 25%-30% bagi bot tunda saiz sederhana dan saiz besar tidak menjejaskan bidang usaha ini. Dapat dirumuskan bahawa secara umumnya bidangusaha tangkapan ikan dengan menggunakan bot pukat tunda di perairan luar pantai dalam jangkamasa kajian adalah menguntungkan. Walau bagaimanapun perhatian yang serius terhadap jumlah daya tangkapan dan sumber ikan yang ada perlu diberi perhatian. Ini penting kerana sumber ikan demersal merupakan sumber ikan yang mudah merosot akibat eksploitasi berlebihan dari daya tangkapan yang tinggi. Akhir sekali, memandangkan kajian ini merupakan kajian jangka pendek, maka keputusan-keputusan yang diperolehi bukan merupakan sesuatu keputusan yang konklusif. Tetapi, setidak-tidaknya keputusan-keputusan yang diperolehi dapat memberikan indikator-indikator fizikal dan ekonomi secara umumnya bagi bidangusaha tersebut.


Download File

[img] Text
FEP_1988_7_.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Fishing - Equipment
Subject: Trawl fishering - Malaysia
Call Number: FEP 1988 7
Chairman Supervisor: Dr. Sahak Mamat
Divisions: Faculty of Economics and Management
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 07 Oct 2010 08:26
Last Modified: 01 Dec 2023 08:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8016
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item