Keyword Search:

Program ‘Recycling Rally’ UPM Pupuk Semangat Kitar Semula dan Cintai Alam Sekitar

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Program ‘Recycling Rally’ UPM Pupuk Semangat Kitar Semula dan Cintai Alam Sekitar.

[img] PDF
43Kb

Official URL: http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=2010...

Abstract

SERDANG – Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan program Recycling Rally yang merupakan inisiatif hijau untuk memupuk semangat kitar semula bahan buangan. Program ini menyokong penyertaan UPM dalam GreenMetric Ranking of World Universities dan meningkatkan kesedaran mencintai alam sekitar di kalangan komuniti kampus UPM. Bahan kitar semula yang diperlukan dalam program ini ialah kertas, akhbar, cardboard, plastik, botol, tin, bateri dan barangan elektronik (telefon bimbit, komputer dan seumpamanya). Program ini memperkenalkan sistem Recycle & Reward melalui mata ganjaran kepada peserta berdaftar yang menukar barangan kitar semula di mana mata ganjaran terkumpul boleh ditebus dengan barangan elektronik dan barangan lain di kedai terpilih. Bahan kitar semula hendaklah dibawa ke program ‘Recycling Rally’ di Panggung Percubaan UPM pada 10 Jun depan dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Program ini akan menampilkan aktiviti menarik seperti persembahan muzikal istimewa Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) Eco Drum Circle yang menampilkan konsep kesenian dan alam menggunakan barangan kitar semula dengan tema recycle your music. Aktiviti lain ialah demonstrasi cara mudah untuk mengitar semula barangan terpakai, lot-lot jualan dan pameran.

Item Type:UPM News
ID Code:7072
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:04 Jun 2010 08:14
Last Modified:27 May 2013 07:33

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 04 Jun 2010 08:14.

View statistics for "Program ‘Recycling Rally’ UPM Pupuk Semangat Kitar Semula dan Cintai Alam Sekitar"

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.