Faktor Risiko Bagi Penyakit Kardiovaskular Dalam Kalangan Pengidap Diabetes Mellitus Jenis 2 Dan Individu Normal

Abu Saad, Hazizi (2006) Faktor Risiko Bagi Penyakit Kardiovaskular Dalam Kalangan Pengidap Diabetes Mellitus Jenis 2 Dan Individu Normal. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1358Kb

Abstract

Kajian kes kawalan telah dilakukan untuk menentukan faktor-faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit diabetes mellitus jenis 2 di kalangan peneroka FELDA Gugusan Palong, Gemas, Negeri Sembilan. Subjek dipilih melalui kaedah persampelan rawak kluster dan dipasangkan berdasarkan umur, jantina dan etnik. Data yang dianalisis merangkumi 237 subjek diabetik dan 229 subjek bukan diabetik. Borang soal selidik telah dibentuk, diprauji dan divalidasi. Pengambilan makanan telah dinilai melalui pengingatan diet 24 jam untuk tiga hari (dua hari berkerja dan satu hari cuti) dan soal selidik kekerapan pengambilan makanan. Pemeriksaan fizikal telah dijalankan tennasuklah pengukuran ketinggian, berat, lilitan pinggang dan punggung, tekanan darah sistolik (TDS) dan diastolik (TDD) serta kadar nadi. Nisbah pinggang punggung (NPP) dan indeks jisim tubuh CUT) telah dikira. Sampel darah berpuasa telah dipungut untuk menilai aras glukosa, profil lipid dan aras antioksida. Faktor risiko yang dikaji merangkumi faktor sosiodemografi, faktor gaya hidup, profillipid, apolipoprotein (a-I), apolipoprotein (b), hs-CRP; aras antioksida, faktor antropometri, tekanan darah dan kadar denyutan nadi. Analisis statistik merangkumi ujian t, ujian khi kuasa dua, pengiraan nisbah mungkin (OR) dan ujian regrasi logistik pelbagai telah dilakukan menggunakan perisian SPSS versi 12.0. Basil kajian menunjukkan risiko diabetes yang dikira berdasarkan OR kasar di ka1angan responden lelaki, didapati signifikan bagi faktor sosiodemografi yang terdiri daripada umur yang meningkat (OR 2.50, 95% CI 1.37,4.54), rendah jumlah pendapatan (OR 2.82, 95% CI 1.57,5.05) dan tahap pendidikan yang rendah (OR 2.26, 95% CI 1.11,4.60). IJT yang tinggi (OR 2.62, 95% CI 1.44,4.79), tinggi lilitan pinggang (OR 2.81, 95% CI 1.12,7.05) dan TDS yang tinggi (OR 1.91, 95% CI 1.06,3.46) juga didapati secara signifikan berkaitan dengan peningkatan risiko diabetes. Bagi pembolehubah biokimia pula, tinggi hs-CRP (OR 2.01, 95% CI 1.10,3.66) dan apolipoprotein (b) yang tinggi (OR 5.13, 95% CI 2.13,12.38) didapati juga mempunyai perkaitan dengan risiko diabetes. Tahap aktiviti fizikal yang rendah (OR 3.65, 95% CI 1.54,8.69), pengambilan serabut diet yang rendah (OR 3.55, 95% CI 1.84,6.83) dan pengambilan lemak yang tinggi (OR 2.06,95% CI 1.16,3.67) merupakan faktor gaya hidup yang mempunyai kaitan dengan risiko diabetes. Manakala tinggi tahap apolipoprotein (a-I) (OR 0.49,95% CI 0.26,0.90), tinggi plasma vitamin A (OR 0.33, 95% CI 0.15,0.74), tinggi plasma vitamin C (OR 0.25, 95% CI 0.13,0.50) dan plasma selenium yang tinggi (OR 0.37, 95% CI 0.17,0.82) merupakan faktor pelindung kepada risiko diabetes.OR kasar telah dianalisis berdasarkan jantina. Di kalangan subjek perempuan, faktor sosiodemografi yang mempunyai perkaitan dengan risiko diabetes adalah peningkatan umur (OR 1.37, 95% CI 1:05,1.79), rendah jumlah pendapatan (OR 4.72, 95% CI 2.81,7.91) dan tahap pendidikan yang rendah (OR 3.05, 95% CI 1.46,6.40). Lilitan pinggang yang tinggi (OR 2.43, 95% CI 1.70,3.48), NPP yang tinggi (OR 2.61, 95% CI 1.93,3.55), tinggi TDS (OR 1.61,95% CI 1.02,1.58) dan kadar denyutan nadi yang tinggi (OR 1.50, 95% CI 1.13,2.00) juga didapati meningkatkan risiko diabetes. Manakala pembolehubah biokimia pula terdiri daripada plasma lipoprotein kolesterol berdensiti tinggi (HDLC) yang rendah (OR 3.54, 95% CI 1.83,6.90) dan apolipoprotein (b) yang tinggi (OR 5.93, 95% CI 2.61,13.83). Tahap aktiviti fizikal yang rendah (OR 1.35, 95% CI 1.05,1.75) dan pengambilan serabut yang rendah (OR 1.36, 95% CI 1.09,1.70) juga didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dengan peningkatan risiko diabetes. Manakala rendah pengambilan natrium (OR 0.66, 95% CI 0.47,0.92), tinggi tahap apolipoprotein (a-I) (OR 0.56, 95% CI 0.39,0.82), serta tinggi plasma vitamin A (OR 0.41, 95% CI 0.27,0.62), plasma vitamin C (OR 0.64,95% CI 0.52,0.80) dan plasma selenium (OR 0.81,95% CI 0.66,0.99) merupakan faktor pelindung bagi risiko diabetes di kalangan subjek perempuan. OR terlaras telah diperolehi daripada ujian regrasi logistik pelbagaL Analisis telah menunjukkan beberapa faktor risiko didapati signifikan di dalam meramalkan risiko diabetes. Di kalangan lelaki, pembolehubah yang didapati berpengaruh di dalam meramalkan risiko diabetes adalah jumlah pendapatan yang rendah (OR 5.38, 95% CI 2.00,14.47), rendah tahap aktiviti fizikal (OR 4.71,95% CI 1.41,15.73), tahap apolipoprotein (b) yang tinggi (OR 4.22,95% CI 1.37,13.05), tahap pendidikan yang rendah (OR 3.36,95% CI 1.17,9.63), kadar denyutan nadi yang tinggi (OR 3.28, 95% CI 1.31,8.22), lilitan pinggang yang tinggi (OR 2.65, 95% CI 1.14,6.15) dan pengambilan serabut diet yang rendah (OR 2.36, 95% CI 1.03,5.40). Peratusan kalori daripada karbohidrat yang tinggi (OR 0.38,95% CI 0.17,0.83), serta plasma vitamin A (OR 0.19, 95% CI 0.06,0.57), plasma vitamin C (OR 0.28, 95% CI 0.10,0.72), dan plasma selenium yang tinggi (OR 0.26,95% CI 0.09,0.77) merupakan faktor pelindung bagi risiko diabetes bagi responden lelaki. Bagi responden perempuan, tinggi NPP (OR 6.31, 95% CI 3.09,12.87), tinggi kadar denyutan nadi (OR 6.24, 95% CI 2.02,19.33), rendah jumlah pendapatan (OR 3.68,95% CI 1.80,7.51), rendah HDLC (OR 3.68,95% CI 1.80,7.51) dan TDD yang tinggi (OR 2.31, 95% CI 1.12,4.75) didapati signifikan sebagai faktor yang meningkatkan risiko diabetes manakala tinggi plasma vitamin A (OR 0.31,95% CI 0.14,0.68), plasma vitamin C (OR 0.15, 95% CI 0.06,0.36) dan plasma selenium (OR 0.04,95% CI 0.01,0.16) merupakan faktor pelindung kepada risiko diabetes. Secara ringkasnya, kajian ini telah menunjukkan beberapa faktor risiko dan faktor pelindung yang signifikan dengan penyakit diabetes bagi subjek lelaki dan perempuan. Faktor sosioekonomi yang rendah adalah merupakan antara faktor utama yang meningkatkan risko diabetes. Manakala plasma antioksida seperti vitamin A, C dan selenium didapati berperanan sebagai faktor pelindung .kepada risiko diabetes di kalangan responden kajian. Faktor pemakanan terpenting yang didapati meningkatkan risiko diabetes adalah pengambilan serabut diet yang rendah dan peratusan kalori daripada karbohidrat yang tinggi namun begitu ianya hanya signifikan di kalangan lelaki. Manakala kadar denyutan nadi yang rendah didapati meningkatkan risiko diabetes di kalangan lelaki dan perempuan. Tekanan .darah yang tinggi, rendah tahap HDLC dan NPP yang tinggi didapati meningkatkan risiko diabetes di kalangan perempuan tetapi tidak signifikan bagi lelaki. Manakala tinggi lilitan pinggang didapati tuTUt meningkatkan risiko diabetes dan signifikan tetapi hanya bagi lelaki. Kesimpulannya, pencegahan penyakit diabetes perlu dititikberatkan kepada golongan yang mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah. Pengambilan serabut diet dan antioksida yang mencukupi haTUslah digalakkan dan didapati berfungsi sebagai faktor pelindung kepada risiko diabetes. Strategi yang bersesuaian untuk program intervensi di dalam komuniti diperlukan terutamanya untuk meningkatkan tahap aktiviti fizikal, penjagaan berat badan dan meningkatkan kualiti pengambilan makanan untuk menurunkan risiko berkaitan komplikasi diabetes dan pencegahan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular.

Item Type:Thesis (PhD)
Chairman Supervisor:Professor Madya Zaitun Yassin, PhD
Call Number:FPSK(P) 2006 2
Faculty or Institute:Faculty of Medicine and Health Science
ID Code:6611
Deposited By: Nur Izzati Mohd Zaki
Deposited On:19 May 2010 07:05
Last Modified:27 May 2013 07:30

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 19 May 2010 07:05.

View statistics for "Faktor Risiko Bagi Penyakit Kardiovaskular Dalam Kalangan Pengidap Diabetes Mellitus Jenis 2 Dan Individu Normal "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.