Aspirasi Pencapaian Pembelajaran dalam Bidang Kejuruteraan dan Minat Kerjaya di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik

Nordin, Abdul Sukor (2005) Aspirasi Pencapaian Pembelajaran dalam Bidang Kejuruteraan dan Minat Kerjaya di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
820Kb

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk meninjau tahap aspirasi pencapaian pembelajaran pelajar di Sekolah Menengah Teknik dalarn bidang kejuruteraan. Aspirasi pencapaian pembelajaran pelajar dilihat daripada perspektif sikap terhadap pembelajaran, usaha terhadap pembelajam dm cita-cita terhadap pembelajaran dalam bidang kejuruteraan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengend pasti minat kerjaya di kalangan pelajar di Sekolah Menengah Teknik. Minat kerjaya yang mencakupi enam jenis iaitu minat kerjaya Realistik, Menyelidik, Artistik, Sosial, Daya Usaha dm Konvensional.Seramai 279 orang pelajar dari tiga buah Sekolah Menengah Teknik yang terlibat dalam pengajian kejuruteraan telah digunakan sebagai responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik yang terdiri daripada 32 item mengenai aspirasi pencapaian dalam pembelajaran kejuruteraan dm 160 item mengenai minat kerjaya berdasarkan Inventori Minat Kerjaya Holland telah digunakan. Analisis deskriptif dan inferensi (ujian korelasi Pearson, analisis varians dan ujian-t) telah digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Secara keseluruhan keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap aspirasi pencapaian pembelajaran dalam bidang kejuruteraan di kalangan pelajar di Sekolah Menengah Teknik adalah sederhana tinggi dengan min 3.68. Secara khusus pula bagi aspek sikap terhadap pembelajaran kejuruteraan minnya adalah 3.81, seterusnya aspek usaha terhadap pembelajaran kejuruteraan minnya adalah 3.40 dan min asp& citacita terhadap pembelajaran kejuruteraan adalah 3.82. Semakin tinggi pelajar itu melihat akan pencapaian kejayaau, semakiu tinggi pula aspirasi yang ada pada diri seseofatlg. Justeru itu pelajar di Sekolah Menengah Teknik dapat dilihat kejayaan mereka melalui pencapaian pembelajaran mereka. Dapatan kajian tentang minat kerjaya pelajar pula menunjukkan bahawa pelajar di Sekolah Menengah Teknik paling meminati kerjaya Artistik (53.00/0), diikuti oleh kerjaya Realistik (34.4%), kerjaya Sosial (32.3%), kerjaya Menyelidik (22.9%), kerjaya Daya Usaha (20.1%) dm kerjaya Konvensional (13.6%). Pada keseluruhmya dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya satu per tiga pelajar meminati kerjaya Realistik iaitu berkaitan dengan kejuruteraan manakala dua per tiga tidak meminati kerjaya Realistik. Sehubungan dengan itu minat kerjaya pelajar secara keseluruhan akan bertambah apabila umur mereka semakin meningkat. Apabila umur meningkat tanggungjawab diri dan kesedaran diri akan kepentingan kerjaya akan menjadi keutamaan dalam kehidupan mereka Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat antara aspek sikap dengan aspek usaha terhadap aspirasi pencapaian dalam pembelajaran kejuruteraan r(279) = 0.718, p < 0.01. Aspirasi pencapaian pembelajaran bagi aspek sikap dengan cita-cita terhadap pembelajaran kejuruteraan juga mempunyai hubungan yang sangat kuat iaitu, r(279) = 0.738, p < 0.01. Begitu juga bagi hubungan aspirasi pencapaian dalam pernbelajaran kejuruteraan antara aspek usaha dengan aspek cita-cita terhadap pencapaian dalam pembelajaran kejuruteraan dengan r(279) = 0.708, p < 0.01. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan aspirasi pencapaian dalam bidang kejuruteraan secara keseluruhan antara pelajar yang menmti kursus Pengajian Kejuruteraan Awam, kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan b u s Pengajian Kejwuteraan Jentera, F(2,276) = 1.387, p > 0.05. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan pelajar Realisitik dengan kumpulan pelajar Bukan Realistik dari segi aspirasi pencapaian secara keseluruhan pada t(277) = 0.956, > 0.05. Ini juga menunjukkan aspirasi pencapaian terhadap pembelajaran kejuruteraan di antara kumpulan pelajar Realistik dm Bukan Realisth adalah tidak berbeza. Hasil kajian secara keselwuhan dalam kajian h i dapat memberi gambaran tentang aspirasi pencapaian dalam bidang kejuruteraan dm minat kerjaya di kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik. Has2 kajian ini juga dapat membmtu Jabatan Pendidikan Teknikal dalam mengenal pasti aspirasi pencapaian pelajar dalam bidang kejuruteraan dm rninat kerjaya pelajar terhadap kejuruteraan. Justeru pihak Jabatan Pendidikan Teknikal boleh menyusun agenda yang tersusun bagi merancang masa depan untuk mencapai visi Jabatan Pendidikan Teknikal, iaitu untuk melahirkan teknokrat yang berkualiti, mempunyai daya usaha, daya saing dm daya juang yang tinggi, bagi memenuhi kehendak pasaran global pada masa ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Motivation in education.
Subject:Vocational guidance.
Chairman Supervisor:Associate Professor Dr. Rohani Ahmad Tamizi, PhD
Call Number:FPP 2005 30
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:6528
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:19 May 2010 08:59
Last Modified:27 May 2013 07:30

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.