Komitmen Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Bertaraf Universiti Terhadap Organisasi

Siron, Rusinah (2005) Komitmen Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Bertaraf Universiti Terhadap Organisasi. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1443Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap dan faktor-faktor yang berkaitan dengan komitmen pensyarah lnstiiusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf universiti terhadap organisasi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti status persepsi pensyarah IPTS bertaraf universiti terhadap pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar iaitu komitmen terhadap organisasi serta rnengenalpasti sumbangan pembolehubah tidak bersandar kepada komitmen terhadap organisasi. Populasi kajian merangkumi 457 orang pensyarah di empat buah IPTS bertaraf universiti iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Tun Abdul Razak. Terdapat 332 daripada 457 set soal selidik yang diedarkan kepada pensyarah IPTS bertaraf universiti yang dapat digunakan untuk analisis seterusnya. Kajian ini menggunakan lima dimensi pembolehubah tidak bersandar iaitu ciriciri demografi terpilih, dimensi ciri-ciri kerja, dimensi sikap dan amalan pengurusan, dimensi nilai kerja dan dimensi kepemimpinan pentadbir serta satu pembolehubah bersandar iaitu komitmen terhadap organisasi. Aspek-aspek di dalam ciri-ciri dernografi terpilih adalah umur, jangka masa perkhidmatan dengan organisasi kini, jangka masa perkhidmatan dengan organisasi lain dan pendapatan. Aspek-aspek di dalam dimensi ciri-ciri ke rja adalah seperti identiti kerja, keragaman kemahiran, autonomi kerja, maklum balas kerja dan kerumitan kerja. Bagi dimensi sikap dan amalan pengurusan, terdapat enam aspek di daiam dimensi tersebut iaitu sikap kumpulan kerja terhadap organisasi, harapan terhadap pencapaian, cabaran kerja, kepentingan sumbangan pensyarah, keutuhan imej kendiri dan amalan pengurusan. Terdapat dua aspek di dalam dimensi nilai kerja iaitu nilai kerja intrinsik dan nilai kerja ekstrinsik. Bagi dimensi kepemimpinan pentadbir pula terdapat tiga aspek iaitu pemikiran, hubungan dengan pensyarah dan ciri-ciri tingkah laku dan personaliti pentadbir. Kajian mendapati status persepsi pensyarah IPTS bertaraf universiti terhadap empat dimensi pembolehubah tidak bersandar menunjukkan tiga aspek dalam dimensi ciri-ciri ke rja berada pada status persepsi yang sederhana memuaskan iaitu keragaman kemahiran, autonomi ke rja dan maklum balas kerja. Dua aspek lagi iaitu identiti kerja dan kerumitan kerja berada pada status persepsi yang memuaskan. Kajian juga mendapati empat aspek dalam dimensi sikap dan amalan pengurusan mendapat status persepsi yang sederhana memuaskan iaitu sikap kumpulan kerja terhadap organisasi, harapan terhadap pencapaian, kepentingan sumbangan pensyarah dan amalan pengurusan, manakala dua aspek lagi dalam dimensi sikap dan amalan pengurusan mendapat status persepsi yang memuaskan iaitu cabaran kerja dan keutuhan imej kendiri. Kedua-dua aspek dalam dimensi nilai kerja iaitu nilai kerja intrinsik dan nilai kerja ekstrinsik mendapat status persepsi yang memuaskan. Kesemua aspek dalam dimensi kepemimpinan pentadbir iaitu pemikiran, hubungan dengan pensyarah dan ciri-ciri tingkah laku dan personaliti adalah berada pada status persepsi yang sederhana memuaskan. Kajian mendapati tahap komitmen pensyarah IPTS terhadap organisasi adalah berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati hanya satu aspek dalam ciri-ciri demografi terpilih iaitu jangkamasa perkhidmatan dengan organisasi kini yang mempunyai perkaitan yang bererti dengan komitrnen terhadap organisasi. Kesemua aspek dalam dimensi ciri-ciri kerja mempunyai perkaitan yang positif dan bererti dengan komitmen terhadap organisasi. Begitu juga dengan kesemua aspek dalam dimensi sikap dan amalan pengurusan mempunyai perkaitan yang positif dan bererti dengan komitmen terhadap organisasi. Kedua-dua aspek dalam dimensi nilai kerja iaitu nilai kerja intrinsik dan nilai keja ekstrinsik juga mempunyai perkaitan yang positif dan bererti dengan komitmen terhadap organisasi. Kesemua aspek dalam dimensi kepemimpinan pentadbir didapati tidak rnempunyai perkaitan yang bererti dengan komitrnen terhadap organisasi. Enam aspek dalam pembolehubah tidak bersandar iaitu amalan pengurusan, keragaman kemahiran, nilai ke ja intrinsik, kepentingan sumbangan pensyarah, cabaran keja serta autonomi ke rja menyumbang 41 peratus varians terhadap komitmen terhadap organisasi. Kajian menyarankan bahawa model komitmen terhadap organisasi boleh digunakan sebagai rangka kajian yang sesuai untuk mengkaji komitmen terhadap organisasi dan membentuk suatu model pilihan komitmen terhadap organisasi yang lebih komprehensif dalam konteks di Malaysia. Kajian juga menyarankan beberapa cadangan kepada pihak pentadbir organisasi dan pihak pensyarah dalam usaha untuk meningkatkan komitrnen pensyarah IPTS bertaraf universiti terhadap organisasi. Kajian ini juga mencadangkan bahawa kajian pada masa akan datang harus meliputi semua kumpulan pensyarah di IPTS bertaraf kolej dan kolej universiti serta kumpulan pensyarah di lnstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Teachers - Private universities and colleges - Malaysia
Chairman Supervisor:Foo Say Fooi, PhD
Call Number:FPP 2005 5
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:6424
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:14 May 2010 02:35
Last Modified:27 May 2013 07:29

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 14 May 2010 02:35.

View statistics for "Komitmen Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Bertaraf Universiti Terhadap Organisasi"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.