A. Samah, Azimah (2004) Keberkesanan Aplikasi Teknologi Komputer Dalam Aktiviti Penghasilan Pendidikan Seni. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1783Kb |
Abstract
Aplikasi teknologi komputer telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual yang dilancarkan pada 2003. Oleh itu, adalah wajar komputer digunakan sebagai alat pengujian dalam Pendidikan Seni Grafik. Objektif penyelidikan ini ialah untuk menentukan keberkesanan penggunaan komputer dalam menghasilkan poster. Aspek yang dikaji merangkumi empat tumpuan utama, iaitu interpretasi, gubahan, warna dan kreativiti dalam poster yang dihasilkan oleh pelajar. Hasil karya dibuat dengan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah konvensional dan aplikasi komputer. Dua kumpulan telah dipilih dalam kajian ini iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Setiap kumpulan terdiri dari 35 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil Pendidikan Seni Visual sebagai mata pelalajaran elektif. Kajian berlangsung selama 18 minggu dan setiap proses pengajaran dan pembelajaran berjalan selama dua jam iaitu bersamaan 36 jam. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk penyelidikan eksperimen. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan markah yang signifikan antara markah bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pasca ujian. lmplikasi kajian menunjukkan aplikasi penggunaan perisian komputer adalah merupakan satu alternatif dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dan berupaya membantu meningkatkan pencapaian markah pelajar dari aspek interpretasi, gubahan, warna dan kreativiti.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Art - Study and teaching - Computer-assisted instruction |
| Chairman Supervisor: | Professor Madya Aida Suraya Md Yunus, PhD |
| Call Number: | FPP 2004 30 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 6414 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 14 May 2010 10:55 |
| Last Modified: | 29 Oct 2012 12:59 |
Repository Staff Only: item control page