Keberkesanan Kebolehpasaran Pelatih Dalam Industri Latihan Vokasional Terpilih Di Malaysia

Awang, Abd Hair (2004) Keberkesanan Kebolehpasaran Pelatih Dalam Industri Latihan Vokasional Terpilih Di Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
2038Kb

Abstract

Pelaburan terhadap latihan kemahiran terns meningkat pesat berbanding beberapa dekad lalu untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan ekonomi berasaskan pengetahuan. Kerajaan menyarankan agar institusi latihan kemahiran awam dinilai selalu untuk mempastikan kecekapan dan keberkesanan program latihannya tercapai. Walau bagaimana pun, kajian tempatan hanya menfokuskan keberkesanan program latihan sahaja. Penelitian tempatan terhadap perbandingan keberkesanan program di antara institusi latihan kemahiran awam juga masih terhad. Kelembapan ekonomi dan diikuti pula peningkatan pengangguran belia mengukuhkan lagi justifikasi untuk mengkaji keberkesanan program latihan kemahiran pra-pekerjaan yang dijalankan oleh institusi latihan ini bagi mempertingkatkan lagi keberkesanannya. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan membandingkan keberkesanan program latihan kemahiran yang dikendalikan oleh institusi latihan kemahiran awam di Malaysia. Dua buah institusi latihan kemahiran awam dipilih untuk kajian ini. Tinjau selidik susulan berurutan dan temubual mendalam digunakan untuk mencapai objektif utama kajian ini. Seramai 180 pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) dipilih sebagai responden mengikut kadar dan distratakan mengikut lokasi setiap institusi latihan. Sebagai tambahan, 10 majikan di sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan dipilih untuk menjelaskan ketrampilan pelatih di tempat kerja. Dua peringkat pengutipan data dilakukan. Di peringkat pertama, 98 peratus responden memberikan maklumbalas soal selidik yang diedarkan pada akhir program latihan (akhir Mei dan awal Jun 2002). Di peringkat kedua pula, 89 peratus responden memberikan maklumbalas menerusi telefon dan soal selidik secara pos selepas setahun pelatih tamat latihan (akhir Jun 2003). Temubual mendalam terhadap majikan juga dijalankan di peringkat ini. Ujian t dan khi kuasa dua (2) digunakan untuk membandingkan kualiti perkhidmatan latihan, kebolehpasaran dan pendapatan serta kos latihan antara lepasan ILP dan IKM. Regresi logistik multinomial digunakan untuk mengenalpasti penentu empat bentuk kebolehpasaran pelatih (menganggur, melanjutkan pelajaran, bekerja bukan bidang dan bekerja mengikut bidang kemahiran) yang meliputi faktor berkaitan pelatih, faktor institusi latihan, hasil pembelajaran dan faktor pasaran buruh. Kajian ini mendapati dengan kos purata latihan yang sama, IKM menawarkan kualiti perkhidmatan latihan dan pembelajaran di tempat kerja yang lebih baik. Kajian ini juga mendapati pelatih IKM lebih menguasai kemahiran bolehkerja berbanding pelatih ILP. Namun demikian, kesemua pelatih masih rendah dalam menguasai kemahiran berkomunikasi dan komputer. Sedangkan kemahiran inilah yang turut ditekankan oleh majikan. Bukti empirikal menunjukkan pelatih lepasan IKM memiliki kelebihan berbanding di pasaran buruh. Mereka lebih mudah melanjutkan pelajaran, lebih cepat memperolehi pekerjaan mengikut bidang kemahiran serta gaji semasa yang lebih tinggi. Penemuan ini, memberikan justifikasi agar ILP menyesuaikan program latihannya supaya tidak terlalu menumpukan kemahiran pekerjaan spesifik tetapi menyepadukan kepelbagaian kemahiran yang sangat dituntut oleh pasaran. Pelatih yang berjaya di pasaran buruh menguasai kemahiran teknikal dan kemahiran bolehkerja, serta berada atau sudi berhijrah ke bandar dan wilayah yang mengalami pertumbuhan pesat. Selari dengan penemuan ini, langkah menyebarkan pertumbuhan ekonomi ke kawasan kurang maju, meningkatkan kemahiran teknikal dan kemahiran bolehkerja boleh membantu meningkatkan lagi keberkesanan program latihan kemahiran.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Vocational education - Malaysia.
Subject:Occupational training - Malaysia.
Chairman Supervisor:Professor Hj Azimi Hamzah, Ed.D
Call Number:FPP 2004 26
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:6406
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:14 May 2010 03:07
Last Modified:27 May 2013 07:29

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 14 May 2010 03:07.

View statistics for "Keberkesanan Kebolehpasaran Pelatih Dalam Industri Latihan Vokasional Terpilih Di Malaysia"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.