Kepuasan Kerja dan Tekanan Yang Dihadapi Oleh Guru Sekolah Menengah

Ahmad Tajudeen, Aishah Bee (2004) Kepuasan Kerja dan Tekanan Yang Dihadapi Oleh Guru Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1543Kb

Abstract

Pendidikan dapat membentuk satu bangsa yang utuh dan kukuh. Nadi kepada pendidikan itu ialah guru. Dewasa ini tugas guru semakin mencabar dan menuntut kesabaran dan ketabahan yang lebih. Kepuasan kerja dm tekanan yang dihadapi oleh guru sekolah menengah perlu dititikberatkan agar kita tidak mengabaikan peranan yang dimainkan oleh golongan pendidik dalam masyarakat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan tekanan yang dihadapi oleh guru sekolah menengah. Bagi tujuan ini sebuah sekolah menengah telah dipilih. Data telah diperolehi daripada 100 guru melalui kaedah soal selidik dan diproses menggunakan perisian statistical package for social science (SPSS). Dapatan kajian ini adalah tekanan kerja mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan kepuasan kerja. Ini disebabkan responden guru sebagai subjek kajian mendapat bebanan kerja dan tanggungjawab yang bertambah sama ada bebanan mengajar atau bukan sehingga wujud hubungan songsang antara tekanan kerja dengan kepuasan kerja. Dengan perkataan lain semakin banyak bebanan guru semakin tinggi tekanan sehingga menurunkan kepuasan kerja, dan sebaliknya semakin kurang bebanan guru maka akan semakin tinggi kepuasan bekerja guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bebanan tugas adalah antara faktor yang memberi tekanan kepada guru. Justeru, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu memberi penelitian terhadap bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru agar peranan utarna mereka sebagai pendidik dalam membina bangsa Malaysia yang cemerlang tidak terjejas.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:High school teachers - Job satisfaction.
Subject:High school teachers - Job stress.
Chairman Supervisor:Professor Datin Dr. Sharifah Md. Nor
Call Number:FPP 2004 20
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:6399
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:14 May 2010 03:15
Last Modified:27 May 2013 07:29

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 14 May 2010 03:15.

View statistics for "Kepuasan Kerja dan Tekanan Yang Dihadapi Oleh Guru Sekolah Menengah"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.