Pencirian Sifat Optik, Mekanik dan Elektrik Kaca Bismuth Lithium Borat dan Fosfat

Liu, Wei Wen (2005) Pencirian Sifat Optik, Mekanik dan Elektrik Kaca Bismuth Lithium Borat dan Fosfat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1181Kb

Abstract

Dalam kajian ini, kaca (Bi203),(LiC1),,(B203)za dalah terdiri daripada siri A1 (x = 0.005 y = 0.045 z = 0.95), siri A2 (x = 0.01 y = 0.09 z = 0.90), siri A3 (x = 0.015 y = 0.135 z = 0.85), siri A4 (x = 0.02 y = 0.18 z = 0.80), siri B1 (x = 0.0075 y = 0.0425 z = 0.95), sin B2 (x = 0.015 y = 0.085 z = 0.90), sin B3 (x = 0.0225 y = 0.1275 z = 0.85) dan sin B4 (x = 0.03 y = 0.17 z = 0.80) telah disediakan dengan menggunakan teknik penyejukan mendadak. Bagi sampel kaca (Bi203),(LiC1),(P205)kz.o,m posisi kaca terdiri daripada C 1 (x = 0.005 Y = 0.045 z = 0.95), sin C2 (x = 0.01 y = 0.09 z = 0.90), siri C3 (x = 0.015 y = 0.135 z = 0.85), siri C4 (x = 0.02 y = 0.1 8 z = 0.80), sin Dl (x = 0.0075 y = 0.0425 z = 0.95), sin D2 (x = 0.015 y = 0.085 z = 0.90), sin D3 (x = 0.0225 y = 0.1275 z = 0.85) dan sin D4 (x = 0.03 y = 0.17 z = 0.80). Ketumpatan kaca diukur dengan menggunakan prinsip Archimedes. Kaca bismuth litium borat menunjukkan ketumpatan yang semakin bertambah tetapi ketumpatan bagi kaca bismuth litium fosfat hanya naik pada awalnya dm kemudian menusun. Ujian tanpa musnah ultrasonik digunakan untuk menguji sifat kekenyalan kaca. Peralatan utama yang digunakan ialah sistem MBS 8000 yang menggunakan kaedah dedenyut gema kerana ia dapat menentukan nilai-nilai halaju gelombang membujur dan melintang yang melalui sampel kaca. Halaju ultrasonik bagi kaca bismuth litium borat menunjukkan corak peningkatan yang menyerupai anomali jika kita membandingkannya dengan corak pertambahan yang ditunjukkan oleh kaca bismuth litium fosfat. Corak tersebut menandakan penguatan rangkaian pada mulanya dan perlemahan kekuatan ikatan keseluruhan yang beransur-ansur selepas suatu amaun tertentu pengubah suai rangkaian Bi203 dan LiCl ditambahkan. Kekonduksian ionik kaca diukur dengan menggunakan teknik pengukuran impedans kompleks dalam julat frekuensi 20 Hz - 1 MHz. Sampel kaca dengan ketebalan 2mm diapitkan di antara dua kepingan elektrod secara selari oleh klip spring. Konduktan, G telah diukur untuk mengira kekonduksian ionik. Kekonduksian kaca bismuth litium borat semakin bertambah dengan peningkatan kepekatan LiC1. Manakala kaca bismuth litium fosfat menunjukkan kekonduksian yang bersifat anomali dalam penggantungan komposisi oleh tenaga keaktifan. Struktur kaca memainkan peranan yang penting dalam menentukan kekonduksian kaca. Pertambahan LiCl akan menyebabkan pembentukan struktur rangkaian kaca yang lebih terbuka dan menghasilkan jalan pergerakan yang lebih mudah untuk ion bergerak seperti ~ i ' . Labsys DTA digunakan untuk menentukan suhu transisi kaca. T, bagi kaca bismuth litium borat meningkat pada awalnya dan kemudiannya menurun dengan penarnbahan pengubah suai oksida. Perubahan daripada unit BO; kepada unit BO; dalam struktur kaca telah menyebabkan kenaikan T, tetapi penghasilan oktahedral Bi06 menyebabkan pengurangan nilai T,. Peningkatan nilai T, bagi kaca bismuth litium fosfat telah diperhatikan semasa saiz cecincin bertarnbah daripada 2- kepada 4-ahli cecincin. Tenaga jurang optik bagi kaca Bi203-LiC1-B203 menunjukkan pertambahan. Ini disebabkan oleh perubahan struktur kaca daripada B0,- kepada BO; . Apabila terhasilnya Bi06, tenaga jurang optik akan menurun dan ini berlaku pada kepekatan Bi203 yang lebih tinggi. Tenaga jurang optik bagi kaca fosfat adalah tertinggi pada kepekatan gelung yang terkecil atau P,O, tertinggi dan semakin menurun apabila gelung terkecil digantikan dengan gelung yang lebih besar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Glass - Optical properties - Mechanical properties
Subject:Bismuth
Chairman Supervisor:Professor Madya Sidek Hj. Abd. Aziz, PhD
Call Number:FS 2005 37
Faculty or Institute:Faculty of Science
ID Code:6262
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:12 May 2010 03:58
Last Modified:27 May 2013 07:28

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 12 May 2010 03:58.

View statistics for "Pencirian Sifat Optik, Mekanik dan Elektrik Kaca Bismuth Lithium Borat dan Fosfat "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.