UPM Institutional Repository

Ciri dan Identiti Pusat Dagangan Pekan Baru, Riau, Indonesia.


Citation

H. Syahrum, Dahlia (2005) Ciri dan Identiti Pusat Dagangan Pekan Baru, Riau, Indonesia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Proses pembangunan bandar yang berterusan akan merubah ciri dan identiti kawasan bandar tersebut. Keadaan fizikal, politik, sosio ekonomi dan budaya adalah faktor-faktor yang sangat mempengaruhi pengembangan bandar. Kajian ini adalah menilai unsur ciri dan identiti pada kawasan pusat perniagaan (Central Business District) di Jalan Sudirman Pekanbaru, Indonesia. Kajian ini meliputi kawasan pentadbiran, perniagaan, perbankan, kawasan pedagang kaki lima, laluan siarkaki, tempat rnembeli belah serta mercu tanda. Ciri senibina lnerupakan ciri utama di dalam pembentukan identiti sesuatu bandar dan amat sensitif kepada perubahan dan pengembangan pembangunan terutama di era globalisasi ini. Identiti ini haruslah dipelihara supaya kita dapat memupuk semangat sosial dan kebanggaan nasional terhadap harta dan warisan bangsa. Penyelidikan ini lebih banyak menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan kaedah ZOPP. Ini kerana kajian lebih memfokuskan manusia dimana pemerhatian kawasan kajian dianalisis mengikut teori Kevin Lynch (1960). Lima elemen yang memberi kejelasan terhadap bandar iaitu laluan, persempadanan, mercu tanda, titik tumpuan, dan daerah dan persekitaran yang responsif digunakan untuk mengenal pasti ciri dan identiti Bandar Pekanbaru. Hasil kajian menunjukan bahawa kesedaran dan sikap prihatin masyarakat, profesional dan pemerintah tentang bandar adalah tinggi. Mereka mengharapkan kehidupan tradisi serta identiti setempat tidak dihakis oleh perubahan pembangunan, dan masih mengekalkan ciri dan identiti bandar. Kajian ini juga mendapati bahawa bandar Pekanbaru masih kaya dengan budaya Melayu dan seni bina Melayu yang mencerminkan ciri dan identiti yang unik bagi bandar Pekanbaru. Sumbangan daripada kajian yang dijalankan ialah cadangan strategi dalam bentuk garispanduan kriteria rekabentuk dan perancangan.


Download File

[img] Text
FRSB_2005_2.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Nationalism - Riau - Indonesia
Subject: National characteristics, Indonesia
Call Number: FRSB 2005 2
Chairman Supervisor: Kamariah Dola, PhD
Divisions: Faculty of Design and Architecture
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 12 May 2010 08:03
Last Modified: 12 Oct 2023 04:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6177
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item