Keyword Search:

Pola Pengundian Masyarakat Bajau Dalam Politik Sabah Dari Tahun 1963 Hingga 2004

Md. Said, Md. Salleh (2005) Pola Pengundian Masyarakat Bajau Dalam Politik Sabah Dari Tahun 1963 Hingga 2004. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
2320Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi sikap pengundi Bajau dan juga pola pengundian mereka dalam politik Sabah. Bagi menganalisis persoalan ini, tiga pendekatan teoritis berkenaan dengan perlakuan pengundi telah digunakan, iaitu pendekatan identifikasi parti, sosiologikal dan rasional. Data kajian diperolehi melalui dua sumber utama iaitu primer dan sekunder. Sumber primer diperolehi melalui temubual dengan pemimpin politik dan juga masyarakat Bajau di Sabah. Sumber sekunder pula diperolehi dari semakan ke atas data keputusan pilihan raya yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), data kependudukan dan data sosioekonomi Sabah selain daripada buku-buku yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan faktor pemilihan parti politik oleh kaum Bajau dalam pilihan raya dari tahun 1963 hingga 2004 adalah berkaitan dengan kepentingan etnik masyarakat Bajau. Kepentingan etnik ini dapat dilihat dalam konteks kepentingan agama Islam, kepentingan mereka berhubung dengan isu-isu politik semasa dan isu-isu lain yang mempengaruhi taraf sosioekonomi dan sosiopolitik seperti kemiskinan, pendidikan, ketidakadilan dan pembangunan. Oleh kerana USNO ditubuhkan bagi membela kepentingan masyarakat Bajau, khususnya kepentingan agama Islam, pembangunan sosioekonomi dan sosiopolitik masyarakat Islam di Sabah, maka USNO telah ditanggapi oleh masyarakat Bajau sebagai satu-satunya parti politik yang dapat membela kepentingan mereka. Seterusnya hasil kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor inilah yang menyebabkan majoriti masyarakat Bajau menyokong USNO dengan konsisten semenjak pilihan raya 1963, meskipun berlaku perpecahan undi kerana isu-isu dan perkembangan politik semasa. Sokongan yang konsisten dalarn pola pengundian masyarakat Bajau (kepada USNO, dan kemudiannya kepada UMNO) membuktikan bahawa perlakuan pengundi masyarakat Bajau bersifat statik. Oleh itu, meskipun wujud pelbagai isu dalam pilihan raya, sama ada pada peringkat supralokal dan nasional, ketaatsetiaan masyarakat Bajau kepada USNOIUMNO tidak berubah selagi isu-isu yang muncul itu tidak berupaya mengancam kepentingan etnik Bajau. Berdasarkan hujah ini, maka analisis akhir kajian ini adalah pola pengundian masyarakat Bajau adalah berasaskan identifikasi parti berbanding dengan pendekatan sosiologikal dan rasional.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Voting - Bajau (Southeast Asian people) - Sociological aspects - Case studies
Chairman Supervisor:Professor Jayum A. Jawan, PhD
Call Number:FEM 2005 5
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
ID Code:6020
Deposited By: Nur Izzati Mohd Zaki
Deposited On:07 May 2010 03:12
Last Modified:27 May 2013 07:26

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 07 May 2010 03:12.

View statistics for "Pola Pengundian Masyarakat Bajau Dalam Politik Sabah Dari Tahun 1963 Hingga 2004 "

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.