UPM Institutional Repository

Keberkesanan Penggunaan Perisian Rangsangan Komputer Ke Atas Kebolehan Matematik Kanak-Kanak Prasekolah


Citation

Abd. Rahim, Rosazizi (2004) Keberkesanan Penggunaan Perisian Rangsangan Komputer Ke Atas Kebolehan Matematik Kanak-Kanak Prasekolah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Komputer kini menjadi alat yang penting dalarn pengajaran dan pembelajaran kanakkanak prasekolah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan perisian rangsangan komputer ke atas kebolehan matematik kanak-kanak prasekolah. Sampel terdiri daripada 42 orang kanak-kanak berurnur lima dan enam tahun, 24 orang dijadikan kumpulan eksperimen yang diberikan perisian rangsangan komputer dan 18 orang dijadikan kumpulan kawalan yang tidak diberikan sebarang perisian rangsangan komputer. Kajian ini memberi penurnpuan kepada empat aspek kebolehan matematik kanak-kanak : konsep asas matematik, awal nombor, konsep nombor dan operasi nombor. Hasil dari analisis statistik didapati bahawa kanak-kanak berumur iima tahun mendapat min skor kebolehan matematik pra dan pos ujian yang lebih rendah daripada kanak-kanak yang berumur enam tahun (F1,40 = 5 12.25, ps .001). Kajian ini juga mendapati bahawa jantina dan mempunyai komputer di rumah tidak memberi perbezaan yang signifikan ke atas skor kebolehan matematik kanak-kanak yang dikaji. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan di kalangan kanak-kanak kumpulan eksperimen terdapat perkaitan yang negatif antara bilangan adik beradik dengan skor kebolehan matematik pra ujian (r = -.431, p< .05) dan pos ujian (r = -.443, p<. 05), dan pendapatan per kapita semasa pos ujian (r = -.538, p< .05). Keputusan ujian korelasi Spearman pula mendapati bahawa tahap pendidikan dan pekerjaan ibu bapa tidak mempunyai perkaitan ke atas skor kebolehan matematik pra dan pos ujian kanak-kanak. Analisis Ujian-t mendapati perbezaan yang signifikan antara skor kebolehan matematik pra dan pos ujian kanak-kanak kumpulan eksperimen (t = -6.80, p< .001) berbanding dengan kanak-kanak kumpulan kawalan (t = -7.20, ps .001). Walau bagaimana pun, Analisis Varians Pengukuran Berulangan mendapati penggunaan perisian rangsangan komputer tidak memberi kesan yang signifikan ke atas skor kebolehan matematik pra dan pos ujian kanak-kanak eksperimen kajian ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebolehan matematik masih boleh dicapai dengan atau tanpa menggunakan komputer. Kajian ini memberi implikasi bahawa kanak-kanak boleh mendapat pengetahuan matematik sama ada melalui kematangan atau persekitaran rumah dan tidak dipengaruhi oleh penggunaan komputer.


Download File

[img] Text
FEM_2004_13.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Computer-assisted instruction - Mathematics
Subject: Mathematical ability in children
Subject: Mathematical ability - Testing
Call Number: FEM 2004 13
Chairman Supervisor: Profesor Madya Rohani Abdullah, Ed.D.
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 07 May 2010 01:38
Last Modified: 04 Jan 2023 02:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6001
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item