Keyword Search:

Persepsi Guru dan Pelajar di Selangor Terhadap Kesesuaian Pengagihan Komponen Adab dan Akhlak Islam dalam Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Suhid, Asmawati (2005) Persepsi Guru dan Pelajar di Selangor Terhadap Kesesuaian Pengagihan Komponen Adab dan Akhlak Islam dalam Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
133Kb

Abstract

Pendidikan berperanan penting dalam menghadapi masalah akhlak yang membelenggu banyak masyarakat dunia kini. Para belia, malah ramai pelajar sekolah di Malaysia mengalami keruntuhan akhlak ini. Menepati kepentingan dan keperluan pendidikan nilai, akhlak dan moral, maka pelajar Islam di Malaysia diwajibkan mempelajarinya menerusi Pendidikan Islam (PI). Bagaimanapun, sepanjang pelaksanaannya, beberapa kajian mendapati PI kurang berkesan dipandang dari sudut pembinaan akhlak pelajar. Untuk menangani kelemahan ini, penyemakan semula PI kerap dilakukan dan kini Adab dan Akhlak Islam (AAI) secara berperingkat-peringkat mulai 2003 diperkenalkan dalam PI. Komponen AAI baru sahaja digubal, maka perlu dikumpul maklumat tentang kesesuaiannya terutama berkaitan dengan kesediaan pembelajaran pelajar. iii Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti kesesuaian komponen AAI dengan tahap kesediaan pembelajaran pelajar. Ini kerana, pengajaran menurut peringkat perkembangan dan kematangan mental serta kesediaan pembelajaran pelajar merupakan prinsip pembelajaran. Kesediaan pelajar mempelajari AAI dari sudut domain kognitif sahaja yang difokus oleh kajian ini. Kesesuaian komponen AAI dalam kajian ini merujuk kepada kesesuaian pengagihan subbidang pembelajaran AAI mengikut kesediaan kognitif pelajar untuk mempelajari subbidang-subbidang berkenaan. Kajian ini juga cuba mengenal pasti nilai-nilai akhlak yang sesuai bagi setiap subbidang pembelajaran AAI mengikut tingkatan agar pengajaran subbidang adab dan akhlak itu lebih bermakna. Kajian ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Ia menggunakan kaedah triangulasi yang meliputi tinjauan ke atas guruguru Pendidikan Islam, tinjauan ke atas pelajar-pelajar Islam yang mengikuti Pendidikan Islam dan temu bual pegawai di Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk mendapatkan sampel kajian, teknik persampelan rawak berkelompok digunakan. Sebanyak 294 orang responden guru Pendidikan Islam di daerah Hulu Langat dan Petaling, Selangor terlibat dalam kajian ini. Begitu juga, sebanyak 462 orang rseponden pelajar Islam meliputi tingkatan 1 hingga 5 di iv sekolah-sekolah daerah Hulu Langat dilibatkan dalam kajian ini. Manakala kedua-dua responden yang bertanggungjawab secara langsung di bahagian kurikulum Pendidikan Islam KBSM telah dilibatkan dalam temu bual. Kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan pengagihan sesetengah subbidang pembelajaran AAI mengikut tingkatan antara Kementerian Pendidikan Malaysia, guru dan pelajar. Dari segi kecukupcakupan subbidang pembelajaran AAI, dapatan kajian menunjukkan ia masih kurang dan perlu ditambah. Tentang nilai-nilai akhlak dalam pengajaran AAI, kajian ini mendapati bahawa kesemuanya boleh diajarkan dalam mana-mana lima tingkatan di sekolah. Bagaimanapun, tidak semua nilai akhlak itu diutamakan oleh guru. Justeru, berdasarkan kajian ini, komponen AAI didapati kurang mantap dan nilainilai akhlak perlu dinyatakan dengan eksplisit dalam kurikulum PI. Guru juga perlu lebih dilibatkan dalam penggubalan sesuatu kurikulum agar ia lebih bermakna dan menepati kesediaan pembelajaran pelajar

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Islamic education - Malaysia.
Subject:High school teachers - Malaysia.
Subject:High school students - Malaysia.
Chairman Supervisor:Associate Professor Abdul Rahman Bin Md. Aroff, PhD
Call Number:FPP 2005 36
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:60
Deposited By: Siti Khairiah Yusof
Deposited On:29 Apr 2008 21:31
Last Modified:27 May 2013 06:45

Repository Staff Only: Edit item detail

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.