Pemerihalan Tautan Dalam Wacana Mantera

Hasbollah, Hassan (2006) Pemerihalan Tautan Dalam Wacana Mantera. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
709Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menganalisis tautan dalam wacana mantera etnik Kedayan Sarawak. Fokus kajian ialah 253 wacana mantera yang diperoleh daripada 23 informan di 8 buah kampung Kedayan. Teknik persampelan tak probaliti dan persampelan bertujuan digunakan untuk memilih 23 informan tersebut. Strategi yang digunakan ialah persampelan rantai, iaitu seseorang unforman dikenal pasti dapat menghasilkan mantera dilakukan secara berantai dengan cara maklumat informan selanjutnya diketahui melalui maklumat informan yang terdahulu. Dalam kajian ini, kerangka analisis model Halliday dan Hasan (1976) telah digunakan sebagai dasar analisis, dm telah diterapkan dalam analisis Model Tautan Pindaan (2002) untuk membincangkan tautan dalanl wacana mantera etnik Kedayan Sarawak. Hasil kajian mendapati 3 jenis tautan utama, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi, dan tautan penghubung ayat yang menjadi tonggak analisis model tautan, didapati benvibawa dan berkesan mengenal pasti tautan dalam wacana mantera. Tautan perulangan paling banyak diperoleh, diikuti tautan kolokasi, dan tautan penghubung ayat. Tautan perulangan terbahagi kepada 7 subjenis tautan dm dikenal pasti memang mempunyai kekerapan ikatan tautan, iaitu paling banyak dalam tzutan perulangan leksikal, diikuti rujukan, struktur dan makna sama, elipsis, parafrasa, paralelisme, dan penggantian. Dalam tautan perulangan rujukan, bentuk rujukan dapat dikelompokkan kepada rujukan ganti nama, tunjuk, dan bandingan. Tautan perulangan penggantian dan elipsis dikelompokkan pula kepada namaan, kerjaan, dan klausaan. Tautan perulangan parafrasa, paralelisme, dan struktur dan makna sama didapati memperlihatkan unsur yang bertaut bertaraf frasa atau klausa, manakala tautan perulangan leksikal mempunyai 10 golongan struktur leksikal, iaitu leksikal bentuk dan makna sempurna, kata umum, kata sinonim, kata akar, kata kerja, leksikal nama bas, leksikal adjektif, kata majmuk, leksikal gandaan dengan bukan gandaan, dm leksikal gandaan. Sejumlah 820 mantera terlibat dalam tautan perulangan yang juga merupakan yang tertinggi. Bagi tautan kolokasi, penelitian tautan berjaya dilaksanakan melalui 4 subjenis tautan, iaitu tautan kolokasi antoniman, tautan kolokasi kohipo~imant,a utan kolokasi hasil, dan tautan kolokasi sifat. Antara 4 tautan kolokasi itu, paling banyak ikatan tautan beriaku dalarn tautan kolokasi kohiponiman, diikuti kolokasi sifat, tautan kolokasi antoniman, dan tautan kolokasi hasil. Keempat-empatnya mempunyai kontruk ikatan tautan yang terdiri daripada unsur lingusitik di peringkat kata, frasa, dan klausa. Walau bagaimanapun tautan kolokasi antoniman, kohiponiman dan sifat sangat produktif di peringkat kata, manakala tautan kolokasi hasil produktif di peringkat klausa. Sejumlah 665 mantera terlibat dalam tautan kolokasi yang juga merupakan kedua tertinggi. Usaha menganalisis tautan dalam wacana mantera juga dapat dilaksanakan dengan berkesan menggunakan tautan penghubung ayat, melalui 5 subjenis tautannya. Antara 5 subjenis tautan penghubung ayat, tautan penghubung ayat tambahan paling banyak ikatan tautan, diikuti tautan penghubung ayat sebab-musabab, waktu, tentangan, dan tidak ada ikatan dalam tautan penghubung ayat terusan. Tautan penghubung ayat tarnbahan didapati mendukung isyarat makna khusus penegasan, penerangan, tambahan sebenar, persamaan, dan pilihan. Tautan penghubung ayat tentangan dengan makna khusuc tentangan sebenar 'walaupun', manakala penghubung sebab-musabab dengan makna khusus sebab-akibat dan sebab-bersyarat. Tautan penghubung ayat waktu pula mendukung makna khusus urutan, perhinggaan waktu, syarat-waktu, dan waktu batasdahulu. Ternyata penghubung bentuk kata adalah yang paling produktif dalam 4 subjenis tautan penghubung ayat tersebut. Dapatan kajian tentang pendokumentasian menunjukkan kebanyakan mantera dikuasai oleh golongan tua. Dari segi jenis mantera, paling banyak ialah jenis mantera perboy-lohan dan perbidanan, diikuti jenis mantera pakaian diri, pembantu peker-jaan, dan kegunaan dalam upacara. Oleh yang demikian, analisis model tautan didapati benvibawa dalam meneliti wacana mantera. Analisis model tautan telah menghasilkan dapatan kajian yang jitu tentang tautan dalam wacana mantera yang bercirikan jenis pengucapan bentuk puisi bebas.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Incantations - Sarawak
Chairman Supervisor:Associate Professor Noor Aina Dani, PhD
Call Number:FBMK 2006 21
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:5893
Deposited By: Nur Izzati Mohd Zaki
Deposited On:05 May 2010 08:27
Last Modified:27 May 2013 07:25

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 May 2010 08:27.

View statistics for "Pemerihalan Tautan Dalam Wacana Mantera"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.