Kesan Latihan Wacana Secara Sistematik Terhadap Kemahiran Menulis Esei Argumentatif

Mahmood, Ali (2005) Kesan Latihan Wacana Secara Sistematik Terhadap Kemahiran Menulis Esei Argumentatif. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
736Kb

Abstract

Penyelidikan ini cuba mendapatkan data tentang Kesan Latihan Wacana Secara Sitematik (LWS S) Terhadap Kemahiran Menulis di kalangan pelaj ar-pelaj ar tingkatan empat, di dua buah sekolah menengah harian di daerah Hulu Langat, dan sebuah sekolah menengah harian di daerah Banting, Selangor Darul Ehsan. Tujuan penyelidikan ini dibuat adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku perubahan tingkah laku pembelajaran atau pun tidak dalam kalangan sampel penyelidikan ini hasil daripada LWSS. Data penyelidikan dikumpulkan melalui dua fasa, iaitu fasa ujian pra (UB) clan fasa ujian pasca (US) untuk mengenal pasti kesan LWSS terhadap kemahiran pembinaan ayat yang berwacanakan wacana argumentatif, penganalisian ciri-ciri wacana, penggunaan penanda wacana dan penulisan esei argumentatif. Soal selidik digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian BM dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tentang pembelajaran iii BM. Item-item dalam ujian pra dan pasca direkabentuk untuk mendapatkan data tentang penguasaan sampel bagi aspek penulisan, penganalisian, penggunaan dan penulisan wacana argumentatif Kerangka teoretis penyelidikan ini berdasarkan Teori Matlamat Wacana Kineavy (1971) dengan sokongan Model Wacana Toulmin's (1998) dan Gaya Penulisan Litullipe (1996). Teori dm Model ini diubahsuai dengan pembentukan Kerangka Kollseptual Penyelidikan untuk memperoleh data yang tepat berdasarkan Ujian Pasca-Ujian Pra setelah olahan dilakukan terhadap sampel. Hasil perkiraan ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang berpencapaian tinggi (PBT) dengan pelajar yang berpencapaian sederhana (PBS) d m pelajar yang berpencapaian rendah (PBR) dalam aspek pembinaan ayat argumentatif, penggunaan penanda wacana dan penulisan esei argumentatif . Analisis varian (ANOVA) pula digunakan untuk menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan PBT dengan PBS dan PBR dan dalam kumpulan. Walau bagaimampun, PBT telah menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan PBS dm PBR. Untuk mengukuhkan dapatan, penyelidik telah menggunakan data kualitatif bagi menyokong dapatan daripada data kuantitatif. Ternyata bahawa, LWSS amat sesuai digunakan sebagai modul latihan bagi penulisan pelbagai jenis esei. Keputusan penyelidikan menunjukkan bahawa LWSS boleh diseslraikan bagi golongan pelajar yang cerdas dan kurang cerdas. Oleh sebab itu, jika LWSS digunakan dalam latihan dan pengajaran dan pembelajaran BM, teknik ini akan menjadi salah satu teknik yang menarik dan menyeronokkan para pelajar. Seterusnya, dapatan penyelidikan ini telah menghasilkan dua penemuan bam, iaitu teknik dan strategi penganalisian ayat berdasarkan Rajah Pohon (RP) dan Unsur Bawahan Terdekat (UBT) dan strategi penyepaduan kemahiran bahasa dengan strategi penulisan esei secara kelas, kumpulan kecil, penulisan individu, dan penulisan komuniti. Berdasarkan elemen Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS, 2003), penemuan ini amat berfaedah dm sangat bermanfaat untuk digunakan oleh guru-guru di seluruh Malaysia, khususnya dalarn kemahiran menulis.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Essay
Subject:Written communication
Chairman Supervisor:Professor Madya Shameem Binti Rafik Khan, PhD
Call Number:FBMK 2005 15
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:5874
Deposited By: Nur Izzati Mohd Zaki
Deposited On:05 May 2010 08:01
Last Modified:27 May 2013 07:25

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 May 2010 08:01.

View statistics for "Kesan Latihan Wacana Secara Sistematik Terhadap Kemahiran Menulis Esei Argumentatif "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.