Keyword Search:


Bookmark and Share

Faktor peramal kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara

Abdul Kadir, Zaharuddin (2014) Faktor peramal kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1650Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor peramal yang mempengaruhi kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar teknik dan vokasional di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara. Faktor-faktor peramal tersebut adalah konsep kendiri, motivasi pencapaian, penglibatan kokurikulum, faktor guru dan faktor persekitaran bengkel. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dilaksanakan dengan menggunakan satu set borang soal-selidik. Borang soal-selidik ini diadaptasi daripada kajian SCANS yang telah diubahsuai supaya ia menepati kepada kehendak persoalan kajian ini. Seramai 262 pelajar dari pusat pengajian kemahiran iaitu dari Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara terdiri daripada pelajar yang mengikuti kursus kemahiran yang berkaitan dengan Teknologi Eklektik telah dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak berkelompok. Data yang telah dikumpul telah dianalisis secara deskriptif dan analisis inferens. Statistik kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai digunakan untuk memerihalkan persepsi pelajar terhadap faktor-faktor peramal dan juga menentukan tahap faktor peramal berpandukan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Ujian-t sampel bebas digunakan untuk menentukan perbezaan kemahiran kebolehpasaran antara pelajar di Kolej Komuniti dan pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara. Hasil kajian mendapati sebahagian besar faktor peramal mencatatkan nilai pada tahap sederhana dan tinggi. Terdapat perbezaan kemahiran kebolehpasaran yang signifikan (t (260) = 2.06, p= .04), antara pelajar Kolej Komuniti (M = 165.12, SD = 20.52) dengan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (M = 160.42, SD = 16.17). Namun begitu, jika berpandukan kepada Purata Nilai Gred Kumulatif kemahiran kebolehpasaran tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan [F (2 , 259) = .059, p = .95]. Semua faktor peramal menunjukkan hubungan positif dengan kemahiran kebolehpasaran. Analisis ujian regresi berganda mendapati, gabungan lima faktor peramal berjaya meramalkan 47 % varian kemahiran kebolehpasaran (R2 = .47) dengan faktor guru merupakan peramal utama (Beta = .417; p = .00) . Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menentukan peramal utama kepada kemahiran kebolehpasaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Employability - Malaysia
Subject:Students - Employment - Malaysia
Subject:Vocational education - Malaysia
Chairman Supervisor:Prof. Ab.Rahim Bin Bakar, Phd
Call Number:FPP 2014 53
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:52172
Deposited By: Haridan Mohd Jais
Deposited On:28 Apr 2017 11:43
Last Modified:28 Apr 2017 11:43

Repository Staff Only: Edit item detail