UPM Institutional Repository

Pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif: perspektif kualitatif guru terhadap konsep dan isu pengajaran


Citation

Mohamed Mokhtar, Marzni and Baki, Roselan and Abd Rahman, Fadzilah (2012) Pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif: perspektif kualitatif guru terhadap konsep dan isu pengajaran. In: National Research & Innovation Conference for Graduate Students in Social Sciences (GS-NRIC 2012), 7-9 Dec. 2012, Mahkota Hotel, Melaka. (pp. 480-488).

Abstract

Penguasaan murid terhadap kemahiran menulis karangan argumentatif merupakan proses P&P yang sukar untuk dilaksanakan oleh para guru. Hal ini demikian kerana penulisan sesebuah wacana argumentatif menuntut pembentangan fakta dan huraian yang relevan, selain memperlihatkan kemampuan murid untuk berhujah mengenai sesuatu isu yang dibahaskan bagi memastikan tidak wujud sebarang keraguan terhadap pembaca. Justeru, melihat pada keperluan ini, kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka perspektif guru Bahasa Melayu berkaitan bagaimana cara proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan argumentatif dilaksanakan di sekolah menengah. Bagi menjana kefahaman yang lebih jelas berkaitan perspektif guru berkaitan proses pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif berlangsung di sekolah, reka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif telah dipilih sebagai metodologi pelaksanaan kajian. Kajian ini melibatkan enam orang peserta kajian yang dipilih dengan menggunakan persampelan bertujuan (purposive sampling) dalam usaha membekalkan data untuk menjawab persoalan kajian dengan menggunakan tiga teknik pengumpulan data, iaitu temu bual separa berstruktur, pemerhatian di dalam bilik darjah dan penganalisisan dokumen. Penggunaan triangulasi dapatan kajian adalah signifikan dengan tujuan kajian untuk membolehkan pembentukan tema yang berpadanan dengan dapatan kajian berkaitan dengan perspektif guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan argumentatif. Tema-tema dapatan kajian merangkumi perspektif peserta berkaitan konsep kemahiran menulis karangan argumentatif, kepentingan dan isu pengajaran kemahiran menulis karangan argumentative yang berasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman peserta kajian dalam konteks P&P di sekolah.


Download File

[img] PDF
2-GSNRIC2012_155.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (72kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Economics and Management, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Writing skills; Argumentative essay; Qualitative research; Concept and issues on writing argumentative essay skills
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Apr 2017 05:48
Last Modified: 03 Apr 2017 05:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51210
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item