Simple Search:

Pengaruh Faktor Ekologi Ke Atas Kemurungan Remaja


Citation

Salleh, Siti Rohana (2004) Pengaruh Faktor Ekologi Ke Atas Kemurungan Remaja. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh faktor ekologi (ciri personal remaja dan ibu bapa, faktor estim diri, hubungan dan kefungsian keluarga, hubungan rakan sebaya, kerisauan terhadap sekolah dan pencapaian akademik) ke atas kemurungan remaja. Sampel kajian terdiri daripada 245 remaja Melayu tingkatan 1, 2 dan 4 daripada lima buah sekolah menengah terpilih sekitar Daerah Kinta, Perak. Data kajian diperolehi melalui borang soalselidik yang diisi sendiri oleh responden. Estim diri telah diukur menggunakan Skala Hare Self Esteem (Hare, 1985). Hubungan keluarga diukur menggunakan skala Index of Family Relation (Hudson,1992) manakala kefungsian keluarga diukur menggunakan sub-skala fungsi am keluarga daripada skala Family Assessment Device (Epstein, Badwin, dan Bishop,1982). Inventory of Parent and Peer Attachment (Armsden, dan Greenberg, 1987) digunakan untuk mengukur hubungan remaja dengan rakan sebaya manakala kerisauan terhadap sekolah menggunakan The Boxall Test of School Anxiety (Boxall, 1961). Pencapaian akademik ditentukan melalui markah peperiksaan akhir untuk lima matapelajaran wajib iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik dan Sejarah. Kemurungan diukur menggunakan skala Children’s Depression Inventory (Kovacs,1983). Dapatan kajian menunjukkan majoriti remaja (67.7%) menunjukkan tahap estim diri yang sederhana. Dapatan juga menunjukkan majoriti remaja menunjukkan hubungan keluarga dan kefungsian keluarga yang sederhana iaitu masing-masing 86.6% dan 71.3%. Kebanyakan responden (65.8%) juga menunjukkan hubungan yang sederhana dengan rakan sebaya. Selain itu, analisis ke atas tahap kerisauan terhadap sekolah (65.1%) dan pencapaian akademik (69.3%) juga menunjukkan skor yang sederhana. Majoriti responden (72.4 %) menunjukkan tahap kemurungan yang sederhana. Kesemua hasil analisis terhadap angkubah kajian menunjukkan majoriti skor adalah pada tahap yang sederhana. Hasil analisis kolerasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara estim diri (r =-0.48, p<0.001), hubungan dengan keluarga (r =0.42, p<0.001), kefungsian keluarga (r =0.41, p<0.001), hubungan dengan rakan sebaya (r =-0.42, p<0.001), kerisauan terhadap sekolah (r =0.36, p<0.001) serta pencapaian akademik (r =-0.22, p<0.001) dengan kemurungan. Hasil ujian-t menunjukkan tiada perbezaan di antara kemurungan remaja lelaki dan perempuan (t = -0.56, p>0.05). Analisis regresi berganda menunjukkan faktor estim diri, hubungan keluarga, rakan sebaya dan kerisauan terhadap sekolah merupakan angkubah yang signifikan terhadap kemurungan (F=33.71, p<0.001). Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati remaja yang mempunyai tahap estim diri yang rendah, hubungan dengan keluarga dan rakan sebaya yang tidak stabil serta kerisauan terhadap sekolah yang tinggi adalah berpotensi untuk murung. Dapatan kajian ini boleh dijadikan landasan kepada sebarang program yang dirancang untuk pembangunan remaja dimana fokus hendaklah mengambilkira faktor ekologi seperti ibu bapa, keluarga, sekolah, rakan sebaya, jiran dan masyarakat setempat. Faktor ini terbukti memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan remaja.


Download File

[img]
Preview
PDF
549775_fem_2004_12_abstrak_je__dh_pdf_.pdf

Download (133kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Depression in adolescence
Subject: Depressions
Subject: Teenagers
Call Number: FEM 2004 12
Chairman Supervisor: Associate Professor Rumaya bt. Juhari, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Yusfauhannum Mohd Yunus
Date Deposited: 13 Oct 2008 21:53
Last Modified: 27 May 2013 14:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/439
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item