Simple Search:

Penggunaan Aplikasi Komputer Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia

Hashim, Nasihah (2004) Penggunaan Aplikasi Komputer Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img]
Preview
PDF
FBMK_2004_5(1-24).pdf

Download (657kB)

Abstract / Synopsis

Kajian ini adalah satu tinjauan tentang penggunaan perisian aplikasi komputer dalam pembelajaran Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis aplikasi komputer, kekerapan penggunaan perisian aplikasi komputer, persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian aplikasi komputer, DAN membandingkan prestasi antara pelajar major dengan pelajar minor dalam pembelajaran Bahasa Melayu di UPM. Sarnpel kajian adalah pelajar kursus BBM 34 10 Bahasa dalam Multimedia. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan set soal selidik dan markat akhir pelajar. Penganalisisan data kajian dijalankan menggunakan pakej SPSS 10.0 for Windows dengan kaedah statistik kekerapan, peratusan dan ujian-t. Ujian Korelasi Pearson pula digunakan sebagai prosedur kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat empat perisian aplikasi komputer yang dominan digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu di UPM, iaitu perisian pemprosesan perkataan, internet, e-mail, dan perisian persembahan multimedia. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan bagi setiap perisian aplikasi yang dikaji, lebih tinggi kekerapannya terhadap peringkat ciri asas kegunaan sahaja. Manakala bagi tiga aspek persepsi yang dikaji, iaitu aspek minat dan kesediaan, keberkesanan serta kesesuaian penggunaan perisian aplikasi komputer dalam pembelajaran Bahasa Melayu menunjukkan persepsi yang positif daripada pelajar. Hasil analisis Ujian-t pula, memperlihatkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar major dengan pelajar minor dalam prestasi pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan perisian aplikasi komputer. Berdasarkan hasil kajian tersebut, penyelidik telah mengajukan beberapa cadangan bagi meningkatkan penggunaan perisian aplikasi komputer, khususnya dalam pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi bagi merealisasikan misi dan visi kerajaan dalam bidang teknologi maklumat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Study and teaching - Data processing
Call Number: FBMK 2004 5
Chairman Supervisor: Associate Professor Noor Aina Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 05 May 2010 17:06
Last Modified: 27 May 2013 15:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/3863

Actions (login required)

View Item View Item