Jumingan, Muhammad Fauzi (2001) Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevan. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 10 (2). pp. 153-164. ISSN 0128-7702
| PDF 5Mb |
Abstract
Masa itu emas. Masa itu seperti pedang. Begitulah konsep masa diungkapkan dalam budaya Melayu dan Arab bagi melambangkan pentingnya konsep masa itu. Dalam konsep masa ini, bangsa Melayu sering dikonotasikan negatif. Sering kedengaran ungkapan Janji Melayu yang melambangkan bangsa Melayu tidak begitu menitikberatkan kepentingan masa. Adakah perkara ini benar? Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik, khususnya Teori Relevan (TR). Dengan menggunakan faktor-faktor bukan linguistik (ekstralinguistik) seperti faktor konteks, latar situasi, dan niat pengujar, TR dijangka mampu menghuraikan permasalahan ini secara tuntas. Dengan menggunakan data kata pinjaman Arab yang sudah diterima pakai dalam bahasa Melayu, khususnya melalui penterjemahan dan adaptasi, konsep masa Arab-Melayu ini akan cuba dibincangkan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Teori relevan, pragmatik, penterjemahan Arab-Melayu, konsep Masa |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3360 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 25 Nov 2009 15:13 |
| Last Modified: | 09 Apr 2010 15:37 |
Repository Staff Only: item control page