UPM Institutional Repository

Indeks Kualiti Air (Doe-Wqi) Dan Perkaitannya Dengan Kekeruhan Air Sungai di Sepanjang Lebuhraya Pantai Timur di Pahang


Citation

Jahaya, Jasrul Nizam (2004) Indeks Kualiti Air (Doe-Wqi) Dan Perkaitannya Dengan Kekeruhan Air Sungai di Sepanjang Lebuhraya Pantai Timur di Pahang. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Satu kajian mengenai indeks kualiti air (DOE-WQI) dan perkaitannya dengan kekeruhan telah dijalankan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Karak hingga Kuantan, Pahang. Sebanyak 23 stesen persampelan telah dipilih untuk mencapai objektif ini. Stesen-stesen tersebut ialah Sungai Bentong, Sungai Kelau, Sungai Sertik, Sungai Jenalik, Sungai Senut, Sungai Teris, Sungai Jentar, Sungai Sal, Sungai Jengka, Sungai Kundang, Sungai Jempol, Sungai Kemak, Sungai Chedong 1, Sungai Chedong 2, Sungai Luit, Sungai Bakapor, Sungai Lepar, Sungai Kebantan, Sungai Berkelah, Sungai Pohoi, Sungai Belat, Sungai Pandan dan Sungai Mabok. Daripada kajian yang dijalankan, didapati kualiti air di kawasan persampelan adalah di dalam lingkungan Kelas I, Kelas II dan Kelas III. Bagaimanapun terdapat beberapa parameter yang harus diambil berat terutamanya oksigen terlarut, pH dan Kekeruhan untuk mengekalkan kualiti air yang baik.Hasil daripada ujian statistik yang dijalankan, didapati hanya parameter kekeruhan dan pepejal terampai sahaja yang mempunyai perkaitan secara linear (p<0.01, R2=0.8547). Bagi parameter pH dan Permintaan Oksigen Biokimia, BOD ianya mempunyai perkaitan yang kuat secara korelasi dengan kekeruhan. Daripada analisis regresi pelbagai, model persamaan kekeruhan bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ialah, Kekeruhan = 0.98SS + 5.431 (p<0.01, R2=0.855) dan Kekeruhan = 0.669COD + 0.992SS (p<0.01, R2=0.928).


Download File

[img]
Preview
PDF
549545_T_FSAS_2004_46.pdf

Download (143kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Call Number: FSAS 2004 46
Chairman Supervisor: Professor Madya Mohd Kamil bin Yusoff, PhD
Divisions: Faculty of Environmental Studies
Depositing User: Users 12 not found.
Date Deposited: 05 Jun 2008 15:13
Last Modified: 27 May 2013 06:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/310
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item