Salimon, Abd Main (1989) Penyeliaan Latihan Mengajar: Implikasi dari Kajian Kes Penilaian Latihan Mengajar. Pertanika, 12 (3). pp. 433-440.
| PDF 3283Kb |
Abstract
Artikel ini melaporkan hasil kajian yang telah dij'alankan ke atas guru-guru pelatih Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia. Khususnya ia melaporkan dapatan daripada kajian tentang pandangan guru pelatih tentang apakah yang mereka anggap penting dalam Penyeliaan Latihan Mengajar Guru-Guru Pelatih UPM. Kajian ini menemukan 3 dimensi atau gugusan kriteria dalam penyeliaan latihan perguruan iaitu pengetahuan teknik pengajaran, kemahiran menyelia dan minat menyelia. Model perkaitan antara pembolehubah tingkah laku penyeliaan dicerap dmipada matris korelasi menggunakan Teknik Analisis Kesamaan McQuity (Dunn-Rankin 1983).Maklumat diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang telah dibentuk khas untuk kajian ini berdasarkan kepada tujuan yang ingin dicapai. Data dikumpul daripada 243 orangguru pelatih iaitu lebih kurang 20%daripada jumlah guru-guru pelatih yang mengambil kursus "Latihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling" Sesi 1986/1987, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada 126 orang pelatih perempuan dan 117 orang pelatih lelaki. Mengikut program, 35 orang adalah pelatih Bacelor Sains dengan Pendidikan, 78 orang pelatih Diploma Sains dengan Pendidikan, 65 orang pelatih Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama) dan 65 orang pelatih Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua).
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Penyeliaan latihan mengajar, dimensi penyeiiaan, pengelompokan kriteria penyeliaan. |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 2772 |
| Deposited By: | Nur Izzati Mohd Zaki |
| Deposited On: | 17 Nov 2009 14:26 |
| Last Modified: | 25 May 2010 14:22 |
Repository Staff Only: item control page