Penggunaan Racun Serangga secara Selektif untuk mengawal kumbang labu, Aulacophora Foveicollis Lucas

Hussein, Mohd Yusof and Salimi, Jamaluddin (1982) Penggunaan Racun Serangga secara Selektif untuk mengawal kumbang labu, Aulacophora Foveicollis Lucas. Pertanika, 5 (2). pp. 207-211.

[img] PDF
2200Kb

Abstract

Satu percubaan di ladang telah dijalankan di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang untuk menilai kesan dua cara menggunakan racun serangga bagi pengawalan kumbang labu, Aulacophora foveicollis Lucas. Menggaul tanah dengan racun pepasir carbofuran (3% bahan aktif) dengan kadar 1.1 kg/ha atau 2.2 kg/ha menghasilkan 50% lebih rendah kerosakan pada daun yang dilakukan oleh kumbang-kumbang dewasa 70 hari selepas percambahan berbanding dengan cara menyembor anak-benih setiap minggu dengan carbaryl (85% W.P.). Juga, pokok-pokok labu yang hidup atas tanah yang telah dirawat dengan carbofuran mengalami 58% (1.1 kg/ha) dan 83% (2.2 kg/ha) lebih rendah kematian pokok 70 hari selepas percambahan dibandingkan dengan pokok-pokok yang menerima semburan carbaryl setiap minggu. Keputusan-keputusan telah membuktikan bahawa penggunaan racun serangga secara selektif telah menghasilkan kawalan yang lebih tinggi dan dianggap selamat kepada serangga-serangga berguna. Kesesuaian cara rawatan tanah dalam program pengurusan perosak bersepadu bagi A. foveicollis dibincangkan.

Item Type:Article
Keyword:racun serangga, kumbang labu, Aulacophora foveicollis
Faculty or Institute:Faculty of Agriculture
ID Code:2166
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:11 Nov 2009 02:47
Last Modified:27 May 2013 06:59

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 11 Nov 2009 02:47.

View statistics for "Penggunaan Racun Serangga secara Selektif untuk mengawal kumbang labu, Aulacophora Foveicollis Lucas"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.