UPM Institutional Repository

Perlaksanaan kaedah SCL dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Kenegaraan Malaysia di Universiti Putra Malaysia dan kesannya ke atas pelajar dan gred pencapaian pelajar


Citation

Muhammad, Zarina (2007) Perlaksanaan kaedah SCL dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Kenegaraan Malaysia di Universiti Putra Malaysia dan kesannya ke atas pelajar dan gred pencapaian pelajar. In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 286-295).

Abstract

SCL atau kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar adalah kaedah pengajaran terkini yang diterapkan dan digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di UPM. Berbeza dengan kaedah berpusatkan pengajar, kaedah SCL yang bersifat focus on students, constructivism, active learning, ownership of the experience, dan encourage students to search and research dilihat mampu untuk mendapatkan hasil pembelajaran sepertimana yang disasarkan khususnya dalam menghasilkan pelajar yang berilmu, aktif, produktif, berkebolehan dan berketerampilan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran berasaskan SCL yang digunakan oleh pengajar-pengajar kursus umum UPM khususnya pengajar kursus Kenegaraan Malaysia serta menilai keberkesanannya melalui persepsi pelajar kursus Kenegaraan Malaysia terhadap hasil pembelajaran dan melalui pencapaian gred pelajar sebelum dan selepas perlaksanaan kaedah SCL. Menerusi kajian yang telah dijalankan didapati kaedah SCL telah dilaksanakan di dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Kenegaraan Malaysia oleh tenaga pengajar yang terlibat. Segelintir pensyarah dikesan mempelbagaikan kaedah, pendekatan pengajaran dan penilaian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi pelajar kursus Kenegaraan Malaysia kesan pengajaran dan pembelajaran berasaskan SCL adalah postitif dan berada pada tahap yang tinggi. Perbandingan pencapaian gred pelajar sebelum dan selepas perlaksanaan kaedah SCL juga menunjukkan kepelbagaian kaedah, pendekatan pengajaran dan penilaian yang dilaksanakan oleh pensyarah memberi kesan positif kepada keputusan gred pelajar daripada kaedah, pendekatan pengajaran dan penilaian yang lazim digunakan.


Download File

[img] PDF
ID 20538.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Student-centered learning - Malaysia - Congresses.
Subject: Curriculum-based assessment - Malaysia - Congresses.
Divisions: Faculty of Human Ecology
Keywords: Student Centered Learning (SCL); Kaedah pengajaran dan pembelajaran; Kursus umum universiti; Perbandingan gred; Kenegaraan Malaysia
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 30 May 2013 06:23
Last Modified: 26 Jan 2015 04:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20538
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item