Jenayah dan keganasan: cara mengatasinya mengikut perspektif Islam

Muhamad, Muhd Fauzi (2007) Jenayah dan keganasan: cara mengatasinya mengikut perspektif Islam. In: Seminar Kebangsaan Sains Sosial : Sains Sosial Teras Pembangunan Modal Insan, 20-21 Mei 2007, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

702Kb

Abstract

Jenayah dilakukan oleh manusia, manakala keganasan dilakukan oleh haiwan, bererti jika manusia melakukan keganasan bererti perbuatan itu di luar tabiat manusia. Setiap jenayah yang dilakukan perlu dikenakan hukuman yang sewajarnya untuk memberi pengajaran kepadanya supaya tidak mengulangi lagi dan juga kepada orang lain, sama ada jenayah hudud atau qisas atau ta'zir. Jenayah hudud dan qisas telah ditentukan oleh Allah S.W.T. jenis dan hukumannya, cuma terdapat sedikit perbezaan antara kedua-duanya. Hudud tiada sesiapa pun yang berhak memaafkan penjenayah jika telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa kerana hudud adalah hak Allah dan hak masyarakat. Manakala jenayah qisas pula, Islam telah memberi hak kepada mangsa atau warisnya jika melibatkan nyawa menuntut balas atau memaafkan penjenayah sama ada dengan ganti rugi atau sebaliknya kerana qisas adalah hak mangsa. Jenayah ta'sir ialah jenayah yang tidak disebut oleh Allah S.W.T. jenis dan hukumannya, hanya terpulang kepada masyarakat menentukan. Jenayah hudud melibatkan agama (murtad), akal (arak), harta (mencuri dan merompak), keturunan (zina) dan maruwah (tuduh zina). Jenayah qisas; melibatkan nyawa atau kecacatan atau kecederaan. Jenayah Ta'zir; melibatkan hak masyarakat umum seperti menipu, maki hamun, pecah amanah dan sebagainya, termasuk juga sebarang jenayah hudud atau qisas yang tidak dapat dilaksanakan hukumannya sama ada tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan atau hukuman tersebut tidak memberi kesan kepada penjenayah ataupun hukuman qisas yang dimaafkan oleh mangsa. Hukuman terhadap penjenayah tersebut adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan jika telah disabitkan kesalahannya dan diputuskan oleh pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, Islam telah menetapkan pelbagai syarat yang ketat untuk menentukan sesuatu jenayah yang perlu kepada hukuman, antaranya; ialah syarat kepada penjenayah, mereka yang menjadi mangsa, suasana berlaku jenayah, syarat-syarat khusus kepada saksi dan juga mereka yang membuat pengakuan, kerana sesuatu jenayah hanya boleh disabitkan dengan saksi atau pengakuan penjenayah sendiri. Tujuan pelaksanaan hukuman ini adalah untuk kepentingan manusia itu seudiri, kerana manusia makhluk istimewa sebagai khalifah di muka bumi bertanggungjawab memakmurkan dunia diberikan pelbagai keistimewaan, akal, nafsu dan seluruh makhluk di bawah pentadbiran manusia, di samping itu, manusia juga dibekalkan dengan pelbagai peraturan untuk dilaksanakan, bererti jika manusia tidak melaksanakan peraturan tersebut manusia perlu dibalaskan dengan hukuman sama atau di dunia atau akhirat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subject:Crimes and criminal
Subject:Criminal law (Islamic law)
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:18714
Deposited By: Erni Suraya Abdul Aziz
Deposited On:01 Mar 2012 00:42
Last Modified:07 Nov 2013 03:52

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 01 Mar 2012 00:42.

View statistics for "Jenayah dan keganasan: cara mengatasinya mengikut perspektif Islam"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.