Penggunaan institusi wakaf sebagai mekanisme untuk mambasmi masalah kemiskinan

Othman, Razali and Abdul Ghani, Rohayu (2007) Penggunaan institusi wakaf sebagai mekanisme untuk mambasmi masalah kemiskinan. In: Seminar Kebangsaan Sains Sosial : Sains Sosial Teras Pembangunan Modal Insan , 20-21 Mei 2007, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

1003Kb

Abstract

Kemiskinan merupakan masalah yang sangat kompleks dan bersifat pelbagai dimensi. Ia bukan sahaja melibatkan kekurangan dalam keperluan hidup seharian tetapi juga turut menafikan hak individu atau masyarakat untuk mendapatkan sumber-sumber asas dan sistem sokongan demi mencapai keharmonian hidup. Kemiskinan juga seriug dikaitkan dengan ketiadaan akses untuk mendapatkan kemudahan asas, ilmu pengetahuan dan penjagaan kesihatan yang sempurna. Malah, kekurangan satu daripada tiga elemen ini juga akan cenderung membawa seseorang individu ke dalam kancah kemiskinan. Untuk tujuan itu, institusi wakaf yang berakar umbi daripada sistem perundangan Islam sejak lebih daripada seribu empat ratus tahun yang lalu akan diketengahkan sebagai satu mekanisme sumber pembiayaan dalam membasmi kemiskinan. Artikel ini akan membincangkan konsep, masalah dan senario kemiskinan semasa. Seterusnya, konsep, peranan dan aplikasi institusi wakaf akan dijelaskan khususnya untuk meningkatkan pilihan individu dalam aspek kemudahan asas, pendidikan dan penjagaan kesihatan. Kedudukan institusi wakaf di zaman keagungan Islam dan amalannya di dunia Barat akan tnrut dibincangkan sebagai pemangkin dalam usaha membantu membasmi kemiskinan dan sekaligus, meningkatkan pembangunan sosioekonomi individu dan masyakarat terutamanya di kalangan negara-negara Islam dan bukan Islam umumnya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subject:Waqf
Subject:Charitable uses, trusts, and foundations (Islamic law)
Faculty or Institute:Faculty of Food Science and Technology
ID Code:18707
Deposited By: Nida Hidayati Ghazali
Deposited On:23 Feb 2012 07:34
Last Modified:07 Nov 2013 03:26

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 23 Feb 2012 07:34.

View statistics for "Penggunaan institusi wakaf sebagai mekanisme untuk mambasmi masalah kemiskinan"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.