Ketakharmonian mod akustik di dalam vitrius tellurite.

Ab. Aziz, Sidek (1989) Ketakharmonian mod akustik di dalam vitrius tellurite. In: Seminar Tahunan ke-VI (Kumpulan Fizik Keadaan Pepejal), 18 August 1989, Universiti Malaya.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

250Kb

Abstract

Kebersandaran suhu terhadap pemalar elastik tahap ketiga bagi vitrius Te02 telah ditentukan buat pertama kalinya di antara suhu 25°C ke 85°C, menerusi pengukuran halaju gelombang ultrasonik di bawah pengaruh tekanan hidrostatik dan tekanan sepaksi. Hasil kajian dapat menerangkan secara lengkap bagaimana getaran takharmonik bagi mod akustik berjarak gelombang panjang bergantung kepada suhu. Untuk pemeriksaan lanjut kesan ketakharmonian mod-mod ini, pemalar elastik tahap kedua telah diukur sehingga ke suhu 4.2K. Diperolehi suatu kebersandaran linear bagi pemalar elastik C11 dan C44 pada julat suhu 80K dan 358K, yang mana ini bersesuaian dengan sumbangan takharmonik yang menyebabkan kebergantungan suhu terhadap pemalar elastik berlaku secara normal. Pada suhu yang rendah di bawah 80K, didapati pemalar elastik C11 dan C44 terus meningkat di mana sifat dan magnitudnya bersesuaian akibat sumbangan dari tindakabalas relaksasi dengan sistem 2 paras kepada kandungan elastik vitrius Te02 yang mana fenomena ini sering dijumpai dalam pelbagai jenis kaca yang lain.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subject:Ultrasonic waves.
Faculty or Institute:Faculty of Science
ID Code:18679
Deposited By: Samsida Samsudin
Deposited On:30 Jul 2012 04:02
Last Modified:06 Nov 2013 06:44

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 30 Jul 2012 04:02.

View statistics for "Ketakharmonian mod akustik di dalam vitrius tellurite."


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.