Ibrahim, Abdul Rahim and Samo, Khalid and Shahardin, Zainal Ashirin (1987) Kajian kes viabiliti bubu untuk laut jauh. In: Seminar Penangkapan Ikan Laut Jauh , 14 October 1987, Hotel Perdana, Kota Baharu, Kelantan.
Full text not available from this repository.
Abstract
Bubu adalah merupakan satu alat yang boleh diusahakan di laut jauh, di dalam Zon Ekonomi Eksklusif. la dipilih berdasarkan beberapa ciri kebaikannya yang tidak merosakkan sumber dan akan berterusan selama-lamanya. Bot nelayan bubu sekarang adalah kecil dengan kebanyakannya mempunyai enjin kira-kira di antara 37 hingga 60 kuasa kuda sahaja. Ianya boleh ditingkatkan kepada bot yang lebih besar sedikit dengan enjin kira-kira 120 Kuasa Kuda. Ini akan lebih laju, lasak dan berkesan lagi dan keadaan ini dijangka akan memudahkan nelayan pada masa akan datang. Keuntungan bersih untuk bot-bot sekarang dikira kuranglebih $49,610 setahun dengan pendapatan bersih kepada tuanpunya, taikong dan awak-awak sebanyak masing-masing $2,756, $620 dan $344.50 sebulan. Sekiranya bot-bot yang lebih besar digunakan iaitu panjang 20 meter, lebar 5 meter dan dalamnya 3 meter dengan enjin diantara 100 - 120 Kuasa Kuda, keuntungan bersih tahunan akan bertambah kepada $73,105 dengan pendapatan, tuanpunya, taikong dan awak-awak masing-masing sebanyak $3,655, $914 dan $508 sebulan. Ini merupakan penambahan pendapatan bersih sebanyak 47.5% kepada nelayan dan 32.6% kepada tuanpunya. Untuk mendapat keuntungan yang lebih dan untuk mendapat kembali modal yang dilaburkan dengan cepat, bot-bot tersebut hendaklah menggunakan alat-alat tradisional lain bersama-sama bot itu seperti pancing, pukat hanyut atau rawai.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Subject: | Fish traps - Case studies. |
| Subject: | Fisheries - Equipment and supplies. |
| Subject: | Fishing bait industry - Malaysia. |
| Faculty or Institute: | Faculty of Fisheries and Marine Science |
| ID Code: | 18672 |
| Deposited By: | Samsida Samsudin |
| Deposited On: | 31 Jul 2012 10:03 |
| Last Modified: | 31 Jul 2012 10:03 |
Repository Staff Only: item control page