Keyword Search:

Tuanku Canselor Mahu Graduan UPM Jadi Rebutan

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Tuanku Canselor Mahu Graduan UPM Jadi Rebutan.

[img] PDF
146Kb

Abstract

SERDANG, 15 Okt – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah bercita-cita melihat graduan UPM menjadi rebutan pasaran disebabkan kualiti pembelajarannya. “Justeru, para pensyarah perlu mendidik graduan dengan dedikasi yang tinggi untuk memastikan kualiti graduan UPM memberi manfaat kepada masyarakat dan negara,” titah baginda pada hari pertama Majlis Konvokesyen UPM Ke-35 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini. Tuanku Canselor bertitah, untuk mencapai cita-cita itu UPM harus memfokuskan kepada kualiti pembelajaran dan pembangunan modal insan pelajar selain memantapkan penyelidikan yang membawa manfaat kepada masyarakat di sekeliling. Baginda mahu melihat UPM menjadi universiti terunggul dalam pendidikan dan penyelidikan bukan sahaja di negara ini malah mampu bersaing dengan universiti-universiti lain bertaraf dunia.

Item Type:UPM News
Faculty or Institute:Universiti Putra Malaysia
ID Code:18578
Deposited By: Norhaliza Zainal
Deposited On:30 Nov 2011 12:18
Last Modified:27 May 2013 15:59

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 30 Nov 2011 12:18.

View statistics for "Tuanku Canselor Mahu Graduan UPM Jadi Rebutan "